Pageviews

Friday, December 13, 2013

REUNION

Salam semua. Agak lama juga tak berblogger. Sedar2 dah 10k lebih view blog Halaman Memori ni. Post view tertinggi adalah Jalan2 di Sunway Lagoon. Terima kasih kepada yang sudi membaca. Diharap apa yang dikongsikan di Halaman Memori ini dapat membantu yang lain. Tahun 2013 ni nampaknya, aku tak berkesempatan nak cuti-cuti ke mana-mana lagi. Insyaallah akhir bulan ini, aku akan ke Cameron Highland. Itu pun kebetulan sedara kahwin kat Putrajaya dan ambil kesempatan sekali untuk bercuti. Kalau nak tahu, aku tak pernah menjejakkan kaki lagi pun ke Cameron Highland. Cerita tu akan aku halamankan dalam Halaman Memori nanti k...

Sekarang ni, aku nak bercerita tentang REUNION. Zaman sekarang ni, semakin banyak reunion di buat. Reunion bersama kawan sekolah rendah, menengah, & universiti / institut. Dengan adanya Facebook ramai yang dapat menjejaki kawan2 lama. Kalau takdanya FB pasti entah bila akan dapat jumpa kembali kawan2 susah & senang bersama dulukan? Aku dan kawan2 juga tak ketinggalan ber REUNION. Antara yang berjaya dibuat tahun ini adalah reunion bersama kawan2 semasa belajar di Malaysia France Institute tahun 1999 - 2002 dalam jurusan Machine Building and Maintenance Technology (MBMT) dan bersama kawan2 zaman sekolah rendah dulu di Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh (SKSB), Batu Pahat tahun 1986 - 1991. Biarlah aku cerita satu persatu okey....

1ST REUNION : KURSUS MACHINE BUILDING AND MAINTENANCE TECHNOLOGY, MALAYSIA FRANCE INSTITUTE, BANGI (TAHUN 1999 - 2002)

Bukan senang nak mengumpulkan kawan2 MFI aku ni. Ada yang akaun FB tapi, tak aktifla pula. Nasib baik ada yang masih contact each other so, senang dapatlah mengumpulkan beberapa orang. Sebenarnya, idea wat reunion ni dah banyak kali postponed dek ngan macam2 halangan. Akhirnya, AJK tertinggi yang terdiri dari Aku, Kak Ana, & Naza tekad wat keptusan nak buat juga tak kira ramai atau sikit. Kalau nak tunggu semua ada memang takkan dapat buat sampai bila2.

Akhirnya pada tarikh 8 Jun 2013 bertempat di Taman Warisan, Presint 16, Putrajaya menjadi saksi 1st reunion kitaorang yang sangat2 sempoi tu. Duduk2...makan2...bual2...sape nak makan, order makan sendiri. Senangkan? Bangga dengan kejayaan kawan2 aku semua. Ada yang wat bisness sendiri, pensyarah, dan kebanyakkannya adalah engineer @ terlibat ngan bidang kejuruteraan yang dipelajari. Aku? Haha..dah lama tinggalkan dunia kejuruteraan ni. Bila berbual ngan diaorang, teringat masa zaman belajar dulu. Ada yang masih sama macam dulu dan ada juga yang dah berubah dari segi penampilan. Apa pun, korang tetap simple dan sempoi cam dulu.

Reunion ini adalah sebagai permulaan dan berharap dapat dikumpulkan lebih ramai lagi kawan2 untuk 2nd reunion plak nanti. Antara yang hadir : Ana Salwa, Nazatul Sheema, Norhanisah, Siti Hartini, Mohd. Afidz, Zulkhairi, Mohd. Faisal, Shahar Izwan, & Mohd. Fauzi.

Terima kasih korang....kita jumpa lagi nanti....layan gambar2 dulu....>>>>>

Dari Kiri : Mohd. Afidz, Zulkhairi (Ke'e), Mohd. Faisal (Chan), Shahar Izwan (Ca'a), & Mohd. Fauzi

Dari kiri : Nazatul Sheema (Naza), Aku, Norhanisah (Nani), Ana Salwa (Kak Ana), & Siti Hartini (Tini)


KAMI


1ST REUNION : SEK. KEB. SERI BROLEH, BATU PAHAT (TAHUN 1986 - 1991)

Reunion ni pula, hanya di rancang selama sebulan. Asalnya, kawan aku (Kama) wat group di wassap dalam bulan Oktober 2013. Entah camne timbul idea nak wat reunion ni. Apa lagi, dengan semangat dedikasi AJK2 tertinggi operasi mencari & menjejaki kawan2 lama dimulakan. Kawan2 sekolah rendah ni, memang ada yang dah lama gila aku tak jumpa. Habis sekolah rendah, terus tak jumpa2 terutamanya yang lelakilah. Kalau perempuan tu, masih ada jumpa kalau jalan2 di BP tu dan muka diaorang tak banyak berubah. Kalau lelaki, memang ada yang aku tak ingat langsung!!!

Akhirnya, pada 30 November 2013 bertempat di Santana Santai Cafe, Batu Pahat kitaorang berjumpa setelah sekian lama tak berjumpa. Memang happening giler bila ada yang bawa ramai anak...hehe...aku, hanya bawa badan ajalah. Terasa macam masih berada di sekolah rendah. Kawan2 perempuan aku masih mampu kenal tapi, kawan2 lelaki ada yang aku tak dapat ingat langsung memori bersama ngan diaorang. paling best, kambing golek yang di sponsor oleh Idir...huhu....terimassss.....

Apa pun, korang memang giler2...happening giler malam tu. Antara yang hadir : Maizatul Aida, Kamaizati, Ainurrahila, Nizatul Edayu, Nazilah, Edayu, Zaidah, Zuraidah, Noraini, Norazilah, Norindahna, Mohd. Azli, Idir, Mohd. Taufik, Irashid, Mamat, Farid, & Aizam Huzair.





No comments: