Pageviews

Sunday, December 30, 2012

JALAN2 KE SUNWAY LAGOON

Tahun 2012, tahun jalan2 buat aku. Penutup tahun 2012 ni, aku & keluarga bercuti2 Malaysia ke Sunway Lagoon. Kebetulan cuti sekolah jadi, bolehlah bawa si Nabila sekali join sama...nasib baik Ibu dia bagi join kitaorang ni. Kalo tak, menangisla yer Dik...!! Selepas bertahun2 wujudnya Sunway Lagoon, tahun inilah baru berpeluang menjejakkan kaki ke sini. Yalah...bukan apa, USS dah 2 kali aku jejak takkan taman tema negara sendiri tak nak pergikan...? Mahal memang mahal tapi, kalo fikirkan mahal entah sampai bila akan jejakkan kaki ke sini, kan? Akhirnya, tutup mata ajalah keluarkan duit bonus tuk ke Sunway Lagoon...huhu....


 23.12.2012, jam 5 petang, kitaorang bertolak untuk bermalam di Putrajaya dulu. Menumpang tidur rumah kembar adik ipar di Presint 9. Sampai dah malam so, kasi isi perut dulu di restoran Thai yang terletak di Persiaran Diplomatik. Harga agak mahal kat restoran tu jadi, pilihan terbaik makan yang goreng2 ajalah. Rasa, kira oklah...hem, tamat cerita aku untuk 1 hari...

24.12.2012, selepas bersiap2 kitaorang singgah rumah Makcik di Serdang. Rezeki, Mak Mon belanja kitaorang sarapan pagi...terima kasih Mak Mon. Kalo nak ke Sunway Lagoon pun, masih awal lagi. Selepas breakfast, kitaorang terus ke Sunway Lagoon. Tengok kereta macam tak banyak masa kat parking tapi, sekali sampai kat depan pintu masuk, amek ko...berderet orang nak beli tiket. Semakin lama semakin ramai pelancong yang datang. Bermacam2 bahasa yang aku dengar. Rezeki lagi, ada grouping dari Singapore yang nak jual 2 tiket lebih kat kitaorang. Dia kata, ada 2 orang group dia tak datang so, dia nak jual aja tiket tu...dapat kuranglah sikit harganya RM150 tuk 2 tiket dewasa. Tengah dok beratur, terpandang pakej family RM275 tuk 2 dewasa 2 kanak2 tapi, Nabila aja yang di kira kanak2 si Zunah konpemlah free. Idea adik aku, sorang lagi kanak2 tu tukar pada warga emas iaitu my motherlah sebab harga sama. Orang kat kaunter kata boleh...so, on ajalah. Dah jimat lagi...hehe...

Sebelum tu, kitaorang posing dulu kat luar Sunway Lagoon sementara menunggu adik lelaki aku beli tiket...ramaikan orang kat belakang tu...?


Dapat aja pass berbentuk jam tangan, kitaorang terus masuk dalam tapi, sebelum tu kena check beg dulu okey...1st park yang kita akan jumpa is Scream Park (sebelah kiri) & ke Amusement Park (sebelah kanan). Kitaorang pilih ke arah kiri. Dalam perjalanan tu, jumpalah plak sekumpulan red indian & maskot Sunway Lagoon yang berwarna biru tu. Sepjg perjalanan ke water park akan jumpa mini zoo, air terjun, gerai makanan, & kedai cenderahati. Sampai di Water Park, si Nabila dah tak sabar2 nak terjun kolam. Sampaikan nak cari port letak barang pun kelam kabut...budak2 camtulah. Dapat aja port, terus tukar baju dan gedebusshhhhhh......dah lama rasanya tak berendam dalam air.

Ikutkan hati nak cuba segala yang extreme tapi, sume kena xtra charge so, pendam ajalah. Nak naik tangga merentas jambatan gantung pun, alamak....malasnya nak memanjat tangga tu...flying fox pun sama kena panjat tangga. At last, sume tu pendam aja. Aku, Angah, & Nabila sempat masuk ke Waterflex 5D aja. Antara terbaru di Sunway Lagoon. Hem, memang akan lencun dalam ni & terasa betul2 alami pengalaman dalam skrin. Dah lama tak menjerit rasanya so, kasi jerit dalam ni...aarrggghhhhhhhh........

Dalam pukul 2, giliran aku, Angah, & Nabila salin baju. Epi, Ana, & Zunah dah pun siap salin baju & makan. Nasib baik masa kitaorang masuk bilik mandi orang tak ramai. Apa yang aku kagum, bilik mandinya memang selesa giler & bersih. Berbanding kat A' Famosa memang tak selesa. Pintu bilik mandi hanya menggunakan tirai okey kat A' Famosa tu. Selepas siap mandi & salin pakaian, kitaorang ber-3 ni mencari makanan sebab dah lapar sangat2. Hampes bila nasi dah habis. Yang ada hanya burger, nugget, sosej, kentang goreng...kiranya yang ringan2 jek. Nak ke tak nak belilah gak sebab dah lapar. Nak tau bape RM burger yang aku beli? RM 8.50 ok...mak ai, takdalah besar mana pun burger tu. Aku beli 2 burger, 2 batang nugget, 1 batang sosej, air mineral, milo, & ais lemon tea = RM 43.00...percaya? Makanan dalam Sunway Lagoon memang mahal!! tapi, bila dah lapar tutup ajalah mata tu beli makanan demi nak mengisi perut. Habis aja bayar, nasi goreng pun sampai...addoiiiiiii

Depan Scream Park




Sand beach

Jom kita terjun kolam

Kita baliklah yer...
Pas mengisi perut & kemas2 beg, kitaorang sume berjalan keluar tuk check in hotel. Kitaorg memilih tuk menginap di hotel budget, Suns Inn Hotel yang terletak bersebelahan aja ngan Sunway Lagoon. Jalan kaki hanya 5 mnt aja tapi, kalo nak naik kete akan pusing jauhlah. Hotelnya, not bad lah...bukan nak bercuti2 dalam hotel pun kan...hanya nak tidur. Berehat2 dalam bilik...solat...dalam pukul 5, kitaorang ke Sunway Pyramid plak nak lepak2 with my Mak Mon, Jasmin, & Aidan. Memang ramai dalam Sunway Pyramid tu. Bahang Krismas pun, sudah terasa. Selepas pot-pet-pot-pet, kitaorang ke HR Steak, Kg. Baru plak sebab cousin Ila nak belanja makan western malam tu. Jenuh gak mencari tapi, akhirnya sampai. Masalah di Kampung Baru, jalan yang sempit & parking. Harga makanan kat sini, memang agak murahlah. Aku amik mix grill dalam tu ada ayam, daging lembu & kambing = RM12 aja...air besar gabak gelasnya = RM 2.50 aja. Murahkan? Thanks Ila sebab belanja.

On the way balik hotel, pergghhh jam gilerrr. Ingatkan kenapa rupanya berderet2 kete nak masuk Sunway Pyramid sempena malam Krismas. Dari hotel, dengar bunyi bunga api. Ingat nak gi join tapi, bila dah sampai bilik malas nak kuar plak...katil lebih memanggil2...hehe...Esoknya, kul 10 pagi dah check out. Otw balik Johor, singgah Port Dickson jap jalan2. Berderet2 kereta di tepi pantai. Hari cuti Krismas ramai amik kesempatan picnic bersama keluarga. Ingat balik nak lalu jalan lama sekali bila sampai kat round about, pergghhh....jam giler nak menghala ke Teluk Kemang. Keluarlah balik lalu highway PLUS.
 
Memang seronok bila sekali sekala dapat bercuti bersama keluarga. Insyaallah suatu hari nanti aku akan ke Sunway Lagoon lagi. Pasni, kalo pergi acara mandi manda adalah agenda yang terakhir. Aku nak pusing2 dulu. Coming soon, Sunway Lagoon akan ada permainan macam di Water World I-City. Teringin gak nak mencuba...nak mencabar ketakutan sendiri...ala2 Fear Factor plak....bye...xoxo