Pageviews

Monday, December 31, 2012

Memori 2012...Halaman 2013


Alhamdulillah....tahun yang banyak buat aku tersenyum bahagia. Tahun yang banyak menunaikan impian aku. Aku bersyukur dengan segala kurniaanNYA...Alhamdulillah. Apa yang aku dapat di tahun 2012??? check it out..>>>>
 
NO. 1 > RUMAH SENDIRI
Memang dah lama aku ingin memiliki rumah sendiri...tinggal di rumah sendiri. Alhamdulillah akhirnya pada bulan Jun 2012 aku berpindah masuk ke rumah sendiri. Bermula dari mencari, proses membeli, renovation rumah semuanya aku lakukan sendiri. Walaupun hanya rumah 2nd hand tapi, cukup memuaskan hati aku...rumah yang aku nak selama ini. Dari tak tahu apa2 pasal rumah, sekarang ni aku boleh bercakap tentang rumah..hehe...
 
NO.2 > NEGARA LUAR PERTAMA
SINGAPORE adalah negara luar pertama yang aku jejaki...jakun ke? Tak kisahlah, kan...? Tapi, mungkin aku boleh berbangga kerana aku antara yang sudah menjejakkan kaki ke Universal Studios Singapore (USS)...hehehe.... . Jejak per-1 pada bulan Februari dan jejak ke-2 pada bulan Jun. Enjoy giler2 kat USS dan korang blehlah baca dari post aku yang lepas2 okey....
 
NO.3 > PENERBANGAN PERTAMA
Hahaha...kalau Singapore adalah negara luar pertama yang aku jejaki tapi, Indonesia adalah negara pertama yang aku jejaki menggunakan Kapal Terbang. Sangat teruja terbang di udara..melihat keindahan ciptaan tuhan. Di Indonesia, aku dapat singgah Jakarta & Bandung. Sangat bahagia jadi jutawan sekejap. Shopping sakan di Bandung. Teringin nak datang lagi...adduuhhh camne nih...
 
...TERIMA KASIH 2012...
 

SELAMAT DATANG 2013...aku tidak pernah mempunyai azam. Aku akan melalukan yang terbaik pada setiap tahun. Untuk tahun 2013, aku sentiasa berharap & berdoa akan terus bersinar2. Aku tahu, ramai yang ingin melihat untuk aku menamatkan zaman bujang...Insyaallah manalah tau, tahun ini tahun yang aku dan insan2 sekeliling aku nantikan selama ni...ingin melihat aku mendirikan rumahtangga...Amin...ooppssss ngan sape yer...? Tu yang kena tunggu & lihat...hahaha....


No comments: