Pageviews

Sunday, April 20, 2014

Hotel , Chalet di Johor & Melaka

Salam...hello...sudah berada di penghujung April. Ini juga bermakna sudah 2 minggu lebih aku berpindah ke unit baru iaitu Unit Sumber Manusia. 6 tahun sebelum ini, aku berada di Unit Latihan. Nak throwback jap, masa mula2 dapat unit ni dulu aku masih fresh sebagai penjawat awam. Memang stress masa mula2 berada di unit ni. Sampai pernah 1 tahap aku tidak boleh mendengar bunyi telefon kerana aku tahu panggilan itu pasti untuk aku. Lama kelamaan aku semakin selesa dengan unit ni. Mula2 aku seorang menjaga latihan kemudian diberi lagi seorang membantu lebih kurang 3 tahun dan kemudian kembali seorang. Aku bersyukur di letakkan di unit ini sejak dari awal. Berada di unit ini, mengajar aku erti berdikari, self confident, komunikasi dengan baik, mengawal perasaan bila berhadapan dengan pelbagai karenah staff, dan berpeluang mengenali dan di kenali oleh ramai staff