Pageviews

Friday, March 23, 2012

Part 2 : 1Malaysia Terengganu-Kelantan-Kedah

>>Bersambung...

22 APRIL 2011
Hari kedua masih di Kuala Terengganu. Pagi2 dah bersarapan Nasi Dagang, makanan popular dari Terengganu. Bleh tahan sedap cuma tak dapat merasa kuih Cek Mek Molek sebab dah abis kata Makcik. Selepas sarapan, Makcik terus bawa kitaorang ke kilang wat pelbagai jenis keropok so, apa lagi...boronglah!!! Pastu, teruskan perjalanan ke Pasar Payang. Tak banyak kedai yang buka tapi, sempatlah membeli baju kupu tuk2 Mak & Aku sendiri juga kain batik yang di kirim oleh officemate. Puas membeli, singgah Masjid Kristal dulu dan pastu terus menuju ke Kelantan.
Sampai Kelantan dalam tengahari & terus ke rumah sahabat baik mak, Auntie Maznah. Planning asal nak tidur di Kelantan tapi, tukar plan nak terus ke Utara Semenanjung. Jadinya, kitaorang hanya menyinggah di Kelantan. Auntie Maznah bawa makan tengahari di sebuah restoran yang popular dengan Nasi Kerabunya. Perghh...memang mantop!! Sebenarnya inilah kali pertama aku menjamah Nasi Kerabu ni. Masa di asrama dulu, aku pelik bila ramai kawan2 yang suka bebenor dengan Nasi Kerabu ni...rupanya sedap!! (tapi..kena tengok gak yang masak kot..) Selesai makan, terus ke Pasar Siti Khatijah yang memang popular di Kelantan. Disini, perghh...memang kopak duit beli tudung bawal. Bagi aku, harganya taklah murah sangat...biasa2 aja tapi, memang lawa2lah. Kitaorang agak rushing gak masa tu sebab perjalanan nak ke Kedah makan masa 5 jam gak so, sebelum jam 5 petang, kitaorang dah chow menuju ke Kedah. Jalan yang nak ditempoh memang kawasan hutan & gunung so, kalau boleh sebelum pukul 7 dan hari gelap dah sampai Jeli tu. Memang mencabar & telinga berdesing sepanjang perjalanan. Sempat singgah makan malam sebelum sampai Negeri Kedah. Nak berhenti makan pun, fikir banyak kali tapi, memikirkan perut sudah lapar gila, nekad aja. Rasa tak sabar nak sampai ke Sungai Petani sebab badan dah rasa penat sangat. Sampai aja di bandar Sungai Petani terus cari hotel. Kitaorang memilih untuk menginap di D'Vista Hotel. Masuk bilik terus mandi, salin baju, & tidur....Zzzz....
Borong keropok...
Di Masjid Kristal..suka ngan gambar ni...
Singgah makan A & W tapi, tak ingat apa nama Pantai tu..
Di Kelantan, Family Auntie Maznah yang sudi melayan kitaorang...terima kasih yer!!
Sedap Nasi Kerabu ni...
Macam-macam dessert yang ada
Di Pasar Siti Khatijah, Kelantan
Kopak duit aku...arrgghhhh
On the way ke Kedah...melalui sempadan Malaysia-Thailand

>>>Bersambung ke part 3...

Kedah - Penang - Genting

No comments: