Pageviews

Sunday, April 14, 2013

Penangan Sebenarnya, Saya Isteri Dia!


DAHSYAT!!! Itulah yang boleh aku katakan tentang drama yang baru menjenguk di TV3 ni. Ketika drama SSID episod 1 di tayangkan, aku belum lagi dapat baca novelnya walaupun dah seminggu pinjam. Semua gara-gara dah lama tak membaca novel ditambah pula bila novel SSID ni agak tebal untuk aku mulakan pembacaan. Selepas menonton episod 1 barulah aku mula baca novel karya Zura Asyfar ni. Bila dah sekali mula, susahlah pula nak berhenti. Aku mengambil masa 4 hari untuk tamatkan pembacaan sebelum episod 2 di tayangkan. Memang layan habis baca novel ni. Aku juga berharap drama SSID mampu buat aku layan sama. Aku tahu bila drama yang di adaptasi takkan dapat 100% apa yang ada dalam novel jadi kenalah terima hakikat. Kerana drama ni aku akan pastikan setiap Jumaat jam 9 malam aku sudah berada di hadapan tv...hehe...


Izzue Islam merupakan pelakon utama drama ni yang membawa watak Firash Arshad bersama dengan Tisz Zaqyah yang membawa watak Syafa Aqira. Izzue Islam ni dah banyak drama dan filem lakonannya ditambah dengan dunia nyanyiannya bersama Forteen tapi, dalam drama ni penampilannya sangat berbeza. Baru aku sedar, handsome & comelnya dia ni...hehe...terus terang jek ni!! Sebelum ni aku rasa dia biasa-biasa aja cuma yang aku tahu dia memang seorang fotogenik sering berubah penampilan. Dari tidak mengenali kumpulan Forteen sekarang ni aku dah boleh hafal nama ahli kumpulannya. Dari tidak tahu siapa Izzue Islam? Sekarang ni aku dah tahu serba sedikit tentang dirinya...hahaha...dahsyat kakak ni, kan?