Pageviews

Thursday, April 19, 2012

Ceritaku...

Akhirnya, siap juga cerita2 yang aku kumpul & simpan untuk di kongsikan bersama. Melancong memang menjadi satu trend sekarang ni. Aku pun dah mula berjinak2 dengan melancong ni. Keinginan tu memang dah lama terpendam tapi, tidak berkesempatan. Bila melihat kawan2 sekeliling pergi melancong siapa yang tidak ingin,kan? Alhamdullillah berkat kesabaran, bermulanya tahun lepas aku di beri peluang melancong. Sebelum ke luar negara, kenalah habiskan Malaysia dulu, kan? Bersyukur aku dapat pusing semenanjung Malaysia tahun lepas. Bila dah habis pusing Malaysia, teringin pula nak ke luar negara. Bersyukur bila tahun ini, aku dapat menjejaki 2 buah negara jiran iaitu Singapura & Indonesia. Banyak yang kita dapat bila melawat negara luar dan secara tidak langsung dapat melihat sendiri sesebuah negara tu di hadapan mata. Dalam masa yang sama juga kita akan lebih bersyukur tinggal di negara sendiri, MALAYSIA.

Halaman Memori ni bukan sahaja akan mencatat tentang ke mana aku pergi tapi, apa sahaja cerita yang nak aku ceritakan akan aku tulis dalam Halaman Memori ini. Aku selalu update cerita di Facebook tapi, jika nak bercerita lebih panjang aku akan tulis di Halaman Memori. Mood menulis sudah kembali ni..!!

SELAMAT MEMBACA SEMUA....

No comments: