Pageviews

Wednesday, April 04, 2012

Part 1 : JAKARTA - BANDUNG

Daratan dah biasa...laut dah pernah...udara? Memang tak pernah lagi. Dah lama pendam untuk menaiki kapal terbang tapi...mungkin belum rezekinya lagi. Bila dapat offer dari cousin Azza untuk join trip ke Jakarta membuatkan aku teruja walaupun agak berkira2 untuk pergi. Pakej yang aku guna ni, RM1,300 lengkap dengan penginapan, makan-minum, tiket flight Garuda pergi-balik, & tips sepanjang di sana. Indonesia adalah negara luar kedua yang aku jejaki selepas Singapura tapi, negara pertama yang aku jejaki menggunakan flight. Sebelum sampai tarikh berangkat, macam2 perasaan ada rasa macam tak sabar2 nak terbang di awan biru...teruja!! excited!! Betapa jakunnya aku...!!! tapi, ada aku kesah? hehehe....tapi, kadang tu terfikir juga kot2 mabuk ke...sebab aku seorang mabuk darat yang teruk masa kecil dulu. Mabuk laut, nampaknya tak tapi, udara...? Baru nak cuba, try, test....hehehe...
Sebelum ke Bandung, aku banyak serve internet untuk mendapat apa2 info tentang Bandung yang terkenal dengan Bandar Paris Van Java tu. Macam2 factory outlet yang ada di Bandung. Bandung memang terkenal dengan tempat2 membeli belahnya dengan harga yang agak murah. Bila membaca blog2 tentang pengalaman melancong ke Bandung membuatkan aku teruja!! Paling penting ongkosnya kena ada. Baju2, kain2 ela, seluar2 jeans, dan lain-lain semuanya boleh di beli jika ongkosnya banyak...hehehe...bila kira2 pertukaran mata wang Rp 1 Juta tu macam dah cukup sangat2 tapi, selepas survey....tak cukup!!! Akhirnya aku membuat pertukaran RM500 = Rp 1.5 juta (lebih kurangla...) Jutawan beb!!!
<30 Mac 2012>
Selepas balik kerja pukul 5, kemas rumah dulu dan basuh apa patut. Selepas solat Maghrib,, check beg kot2 ada yang nak tambah. Lebih kurang pukul 10 malam, aku dah bertolak ke hospital sebab ada hal nak diselesaikan. Lebih kurang pukul 11.30, kitaorang pun bertolak ke KLIA menaiki van coastal (betul ke ejaannya...?) yang di sewa khas dengan harga RM80/pax pergi-balik...murahkan? Dalam perjalanan, mula2 tu nak layan CD tapi, akhirnya semua layan mata..ngantuk beb!!! Alhamdulillah...sampai KLIA pukul 2.30 pagi. Untuk pengetahuan korang juga, inilah 1st time aku menjejakkan kaki di KLIA...kesiankan aku...? Sampai awal so, melepaklah kitaorang di KLIA...berlegar2...pusing2 hilangkan boring menunggu...aku & Linda siap makan Mc'D pukul 3.30 pagi...lapar punya pasal...
Packing time...dalam beg ada beg...

Tengoklah Azza & Pn. Normah excited naik van nak bertolak ke KLIA


Selamat sampai di KLIA...posing dulu yer....


Boring punya pasal pusing2 KLIA sambil posing
<31 Mac 2012>
Sementara menanti kawan2 solat, mana yang cuti tu membantu Cikgu Rahman (ketua trip) check in beg2. Alhamdulillah urusan di permudahkan. Selepas selesai solat, kami semua berkumpul dan terus menuju ke balai berlepas. Urusan Imigresen & Kastam selesai. Barulah aku tahu apa yang ada dalam KLIA...kesian aku, kan? Rupanya kat bawah tu masih banyak kedai2 yang ada. Lebih kurang jam 630 pagi, kami sudah berada di gate C23. Jam 650 pagi, kami sudah pun berada dalam Garuda Airlines. Pramugari2 yang ganteng mula mengedarkan jus oren. Bila flight mula bergerak, rasa teruja sangat2 menanti saat2 berada di udara. Apa rasanya? Macam mana rupanya? Macam2 perasaan ada. 1st time kata ko...jakun!! Takut gak kot2 mabuk tapi, Alhamdulillah aku tak mabuk tapi, kesian Linda sampai 4 beg muntah. Bila flight dah mula stable, sarapan pagi pun di edarkan. Memandangkan jarak waktu makan tengahari masih jauh, aku memilih untuk makan nasi daging. Cukuplah untuk mengalas perut. Perjalanan KL - Jakarta lebih kurang 1 jam 40 minit. Sepanjang perjalanan aku melayan lagu2 dari artis Indonesia. Akhirnya, kami selamat sampai di Airport Soeharto-Hatta.
Di dalam train
Posing dulu yer....

Dalam kapal terbang~~~flyyyy

Breakfast aku pagi tu dalam kapal terbang

Teruja...!!!


Selamat sampai di Bandaran Soeharto-Hatta, Jakarta
"Mana Pak Supirnya ni...udah penat ni..."
Selepas selesai urusan Imigresen Jakarta & mengambil beg2 terus menanti Pak Supir. Hampir sejam juga tunggu baru jumpa dengan Pak Supir. Rupanya, dia tunggu tempat lain...kitaorang ni lalu laluan lain...ish2... . Masuk saja van yang panjang tu, badan dah terasa penat & mata pun dah terasa mengantuk. Sebelum melayan mata yang mengantuk, sempatlah menikmati keindahan bandar Jakarta. Highwaynya bagi aku sama dengan Malaysia begitu juga dengan bangunan2nya beza mungkin pada perancangan susunan bangunan2nya. Aku tengok, banyak2 fastfood, KFC dan A&W mudah di dapati di Indonesia. Akhirnya mata aku pun terlelap sehinggalah sampai di Restoran Simpang Raya untuk makan tengahari. Restoran ini menghidangkan masakan Padang yang memang mantap!! Memang sedap lauk2nya...nasi pun, dah sedap rasa fresh. Sampai licin kitaorang makan. Bila tenaga dah di charge semula, barulah bersemangat nak sambung perjalanan. Jakarta-Bandung memakan masa lebih kurang 4 jam perjalanan. Dalam perjalanan, cikgu Rahman sempat memberi penerangan tentang Indonesia. Bila asyik dengar dia bercerita, teringat asal-usul arwah Atuk lelaki sebelah arwah Ayah aku yang berasal dari Indonesia. Aku memang langsung tidak pernah mengenali arwah..yalah, dulu bukan canggih & maju macam sekarang siapa pun ada kamera. Keturunannya lagilah aku tidak tahu. tidak hairanlah kalau aku tiada sedara mara yang ramai sebelah arwah Ayah.
Sebaik sahaja sampai Kota Bandung, kitaorang di bawa oleh Pak Yuyu ke Toko 3 yang memang terkenal dengan jeans2nya. Kebetulan ada sale hari itu. Bingung sekejap nak pilih jeans yang mana satu. Bila berkenan, harganya pula Rp600,000. Bila fikirkan ada tempat lagi yang nak dituju, aku memilih untuk beli jeans Levis Rp399,000 saja...oklah tu dari tiada langsung. Sempat juga beli sehelai t-shirt untuk adik lelaki aku disini. Selepas Toko 3, kitaorang ke jalan Dago yang terkenal dengan factory outletnya. Disini, aku beli gaun warna pink untuk anak buah aku di Heritage. Jangan lupa beli jus buah2an yang ada dijual di sebelah Heritage k...memang sedap giler!! Ada juga aiskrim durian tapi, tengok saja sebab aku bukanlah penggemar durian sangat. Bila dah malam, kitaorang terus makan malam tapi, tak ingat nama restorannya. Hem, makanan yang dihidangkan pun memang sedap...jus buahnya pun sedap. Selepas tu, terus ke Naval Hotel yang terletak di sebelah Hotel Sukajadi. Masuk saja biliknya..pergghhh...besar!! Katil & tilam dah memanggil so, selepas mandi terus Zzzz......lena hingga ke pagi....kita sambung di Part 2 yer....


Restoran mesti pergi jika ke Indonesia ya...

Shopping jeans disini


Beli gaun untuk anak buah disini...

Jangan lupa minum jus buah jika ke Bandung..nyam2
Menikmati malam malam sebelum check in hotel

No comments: