Pageviews

Wednesday, August 01, 2012

Universal Studios Singapore (kali ke-2)

Hehehe....aku kembali lagi. Alhamdulillah...nampaknya tahun 2012 ni, skali lagi tahun jalan2 buat aku. Tahun lepas cuti2 Malaysia..tahun ni, pusing2 negara jiran plak. Nak pusing dunia tu, sesuatu yang mustahillah pulak kan...? Tahun 2013, tak tahulah pula camne...nak jalan2 kena ada budget tapi, Insyaallah kalau ada rezeki..adalah chance tuk aku jalan2 lagi. Rindu nak naik kapal terbang.

Kali ni, aku nak bercerita cuti2 aku sekali lagi ke Universal Studios Singapore buat kali keduanya. Balik dari USS masa awal tahun, kawan2 ofis bersuara nak ke USS selepas mendengar cerita aku. Promote baik punyer...!! Atas sokongan kawan2, bermula bulan April aku pun buat survey kalau2 ada yang nak join trip ni. Sambutan nampaknya menggalakkan dari kawan2. Adat kalau nak buat trip akan berhadapan dengan bermacam2 ragam jadi aku pun tidak ketinggalan menghadapi pelbagai ragam. Setelah di tapis, 34 orang yang akan join trip ke USS ni. Tak sangka, last minute, jadi 36 orang pula. Sekali lagi, aku menggunakan perkhidmatan bas Five Stars Tour, Muar. Memandangkan kitaorang dapat mengumpulkan 36 orang jadi, pihak syarikat memberi kami sewa bas 2 tingkat. Selain dari tu, kami boleh bertolak jam 6 pagi dan balik jam 8 malam. Kiranya, taklah kena terkejar2 sangat. Kami memilih tarikh 30 Jun 2012 untuk tarikh perjalanan kami ini.

Jam 6.00 pagi, aku sudah sampai di hospital bersama ngan adik aku, Angah. Sudah ada yang menanti. Aku ambil kedatangan dulu bagi memastikan semua hadir dan tiada yang tercicir. Lebih kurang jam 630 pagi barulah kami bertolak. Dalam perjalanan kami ada 3 check point kena berhenti sebab ada kawan2 yang naik dari kawasan masing2. Check point terakhir di Hentian R & R Machap. Lebih kurang jam 9.00 pagi bas sampai di Imigresen Malaysia. Alhamdulillah...berjalanan dengan lancar dan tiada masalah. Dari pemerhatian, agak banyak bas yang nak masuk Singapore jadi, pemandu minta kami cepat untuk meneruskan perjalanan. Sampai di Imigresen Singapore, jam!! Bas2 beratur agak panjang. Sabar menanti dan akhirnya, sampai giliran kami turun bas. Memang agak ramai orang masa tu. Aku dah risau takut kalau2 ramai masa kat USS nanti. Mula2 aku masuk lane lain bila tengok ada lane baru buka aku terus bertukar. Alhamdulillah..proses passport aku, Angah, & Izzat berjalan dengan lancar & cepat. Kawan2 aku berada di lane lain. Lama aku menanti kawan2 untuk lepas dari Imigresen. Lebih kurang 1 jam setgh di Imigresen Singapore sahaja.


Sampai Pulau Sentosa lebih kurang pukul 1130 pagi. Selepas parking bas, aku ambil tiket USS di kaunter Five Stars. Selepas membuat pembahagian tiket, kami semua naik ascelator menuju ke USS yang berada di bahagian atas. Sekali lagi, aku sampai di sini. Rasa excited tu taklah macam masa 1st time sampai dulu. Orang tidak berapa ramai memenuhi kawasan globe masa tu. Sampai pun dah tengahari so, kasi isi perut dulu. Masuk aja ke Zon Hollywood, kitaorang jumpa watak pertama..tak taulah pula namanya. Orangnya di bawah ni...seram gak bila di peluk...hehehe....


Aku & Angah memang dari awal merancang nak makan di Mel's Drive In di Zon New York yang menghidangkan menu american favourite. Seperti cafe yang aku pergi sebelum ini, harga setnya lebih kurang SGD 15 sahaja. Kalau nak tukar bekas air yang lebih besar kena tambah SGD 4 kalau tak silap aku. Set yang aku dapat memang berbaloi dengan harganya. Burger sedap..kentang bersaiz besar..dan sekali lagi aku order jus minuman kegemaran aku tapi, tak ingat pula namanya. Rasanya aku dapat minum jus ini hanya jika ke USS. Sampai tak larat nak abiskan set yang aku order. Lebih kurang jam 1 petang, kitaorang terus ke Zon Sci Fi City dimana adanya Transformer The Ride. Sebelum sampai di Transformer, kitaorang jumpa persembahan street dance yang best sangat2. Terkejut!! tak ramai orang berbanding masa mula2 pergi. Masa mula2 pergi dulu, 1 jam setgh beratur tapi, kali ni 15 minit aja. Takut gak kalau2 terkeluar balik apa yang makan tapi, nasib baik tak. Kali ni, aku tekad nak buka mata & menjerit sekuat hati. Yeahh...berjaya memberanikan diri!!



Selepas tu, kitaorang terus ke Zon Ancient Egypt. Best kat sini, Revenge Of The Mummy high speed roller coaster. Sampai aja kat sini, hujan mula turun. Mula2 dulu, ada cousin yang tolong jaga beg tapi, kali ni kenalah simpan beg di locker yang disediakan. Agak canggih gak sistem lockernya. Revenge Of The Mummy tak dibenarkan bawa beg ok...sebab high speed roller coaster. Kat sini, beratur agak panjang. Bila di offer single rider, terus aja ke lorong express nak tunjuk beranilah kononnya plus nak cepat tapi, taklah cepat mana pun. Keseraman melanda diri sebab dah tau apa yang akan berlaku berbanding masa mula2..berserah aja apa pun. Alhamdulillah..aku, Angah, & Izzat nak satu trip cuma kena duduk lain2 tempat. Sebelah aku mamat India mana agaknya terjerit2..ketawa2 sepanjang ride. Kali ni pun, nekad buka mata & berjaya!! Habis ride, pergilah tengok gambar yang diambil masa kat dalam tapi, takda. Konpem mamat2 sebelah aku wat hal sebab orang di kaunter cakap gambar tak dapat di paparkan atas sebab2 tertentu. Kesian cousin Izzat tak dapat beli gambar...

Meneruskan perjalanan, kami hanya lalu di Zon Lost World sebab keadaan agak sesak nak masuk Jurassic Park plus kena beli baju hujan sebelum boleh masuk. Leceh plak rasanya. Nak masuk Under Water World pun, masa persembahan lama lagi. Akhirnya kami terus ke Zon Far Far Away. Kat sini, ala2 dunia khayalanlah...sesuai tuk budak2. Sekali lagi layan Shrek 4D..hehe..dah tak surprise sangat sebab dah tau. Tak mahulah cerita apa yang ada di dalam...sendiri rasalah yer tapi, memang best!! Seterusnya, kami ke Zon Madagascar. Kat sini pun, sesuai untuk budak. Dapat gak naik kapal air. Dalam tu takda apa sangat hanya jumpa watak2 dalam Madagascar..




Habis pusing sudah...dan kami kembali ke simpang New York - Hollywood. Disini, akhirnya kami dapat makan Nacho's with Cheese. Entah gerai ke berapa agaknya. Cheese yang panas2 plus pedas memang melekat di tekak. Selepas habis makan, kami singgah di Light, Camera, Action. Hem, biase2 aja dalam tu. Sekali lagi, kami ambil keputusan lepak2 di Mel's Drive In. Kali ni aku pilih nak minum Milk Shake. Pergghhh memang mantaplah...sedappp!!!
Sebelum balik, jam 630 petang setiap hari Sabtu & Ahad sahaja akan ada Hollywood Dream Parade. Rezeki kami hari itu jadi, dapatlah menonton perarakan dari semua zon2 yang ada di USS. Secara tak langsung dapatlah menengok karektur2 yang ada kecuali transformer. Kalau ada mesti best!!

Habis sudah cerita aku...apa yang aku boleh cakap, tak rugi ke Universal Studios Singapore. Memang mahal kalau convert duit Malaysia lebih kurang RM175 tapi, berbaloi. Macam2 yang ada kat dalam tu dan mainlah sepuasnya. Masa ni pun, aku hanya bawa SGD 60 cukup2 tuk 2 kali makan & beli sehelai t-shirt SGD 25 & magnet peti ais SGD 5. Kalau nak di kalikan duit Singapore ke Malaysia memanglah mahal dan buat macam tu sampai bila pun takkan dapat beli. Formulanya senang aja, jangan fikir duit Malaysia...kita fikir nilai duit negara yang kita bawa tu. Kepada yang ada anak2 masih kecil, tak payahla bawa sebab ada permainan memerlukan ketinggian yang bersesuaian sekurang2nya 120cm ke atas. Kalau ada pembantu boleh jaga anak2 tiada masalah. Rugi rasanya bayar mahal2 tapi, tiada peluang nak main.


 

 



No comments: