Pageviews

Monday, August 06, 2012

ZAMAN REMAJA TAHUN 1990an

Setiap manusia akan menempuh zaman kanak2, remaja, dan seterusnya dewasa. Setiap zaman menyimpan pelbagai kenangan tersendiri baik pahit mahupun manis. Begitu juga dengan aku. Ketika zaman remaja dulu, aku dan juga remaja2 yang sezaman dengan aku pasti tidak akan melupakan kumpulan 4u2c, Feminin, KRU, Res2, MSteen, NICO, A to Z, & Elite kan?? Mereka membawa konsep muzik masing2. Mungkin remaja skang tidak sedar muzik Kpop yang dipuja terlebih dahulu telah wujud di Malaysia suatu ketika dulu. Antara banyak kumpulan yang wujud masa tu hanya KRU yang kekal hingga skang. Mereka telah berjaya membina empayar tersendiri. Mereka bertuah sebab terdiri daripada adik beradik yang mustahil untuk berpecah berbanding kumpulan lain. Sebenarnya, saja aku nak wat flash back zaman remaja dulu..macam mana aku amat menggilai kumpulan2 ni...haha....

Lagu Fiona nyanyian 4U2C adalah pencetus utama era ketika itu. CD tergantung di leher itulah imej 4U2C yang terdiri dari 7 orang remaja yang handsome yang di gilai para2 remaja. Siapa tak kenal Joe, AC, Azam, Yanz, Rin, Lan, & Adikz...? Aku dikira bertuah sebab berpeluang sekali jumpa 4U2C sebelum mereka berpecah. Oleh kerana ketika itu tiada kamera so, tak dapatlah nak aku abadikan kenangan itu.


















KUMPULAN 4U2C

Selepas itu, barulah muncul KRU yang terdiri dari 3 orang adik beradik Norman, Yusry, & Edry yang memberi saingan pada 4U2C. Menyusul pula kumpulan wanita pertama Feminin dengan imej yang menjadi ikutan remaja ketika itu. Apa saja yang disarung pasti kena dengan As, Wati, Along, Yatie, & Deq Nor. Seterusnya, barulah muncul kumpulan Res2, MSteen, Nico,
 A to Z, Kool, dan kumpulan2 lain yang aku sendiri dah tak ingat.



KUMPULAN FEMININ


KUMPULAN MSTEEN


KUMPULAN KRU


KUMPULAN RES2

KUMPULAN A TO Z


 KUMPULAN NICO

No comments: