Pageviews

Sunday, April 20, 2014

Hotel , Chalet di Johor & Melaka

Salam...hello...sudah berada di penghujung April. Ini juga bermakna sudah 2 minggu lebih aku berpindah ke unit baru iaitu Unit Sumber Manusia. 6 tahun sebelum ini, aku berada di Unit Latihan. Nak throwback jap, masa mula2 dapat unit ni dulu aku masih fresh sebagai penjawat awam. Memang stress masa mula2 berada di unit ni. Sampai pernah 1 tahap aku tidak boleh mendengar bunyi telefon kerana aku tahu panggilan itu pasti untuk aku. Lama kelamaan aku semakin selesa dengan unit ni. Mula2 aku seorang menjaga latihan kemudian diberi lagi seorang membantu lebih kurang 3 tahun dan kemudian kembali seorang. Aku bersyukur di letakkan di unit ini sejak dari awal. Berada di unit ini, mengajar aku erti berdikari, self confident, komunikasi dengan baik, mengawal perasaan bila berhadapan dengan pelbagai karenah staff, dan berpeluang mengenali dan di kenali oleh ramai staff

Selain itu, aku juga berpeluang jalan-jalan ke hotel @ resort untuk kursus yang memerlukan penginapan. Walaupun kadang2 rasa stress di unit ni tetapi, aku enjoy. Kita kena enjoy dengan apa jua yang kita lakukan, kan? Akhirnya, 6 tahun aku berada di unit yang ada cabarannya tersendiri. Unit ni juga, unit yang tidak ramai orang nak. Kini, aku di Unit Sumber Manusia, juga bukan unit yang calang2. Banyak rekod staff yang kena buat dan jaga. Aku akan sahut cabaran ini. Chaiyok2!!!!

Sepanjang berada di Unit Latihan, aku berpeluang menjejakkan kaki ke beberapa hotel @ resort untuk melaksanakan kursus. Sebenarnya, inilah tujuan aku post cerita kat Halaman Memori ni. Berkongsi pengalaman katanya. Aku mula dari Johor sendirilah ya...>>>

Mutiara Motor Resort, Tanjung Sedili Kecil, Kota Tinggi
Ke sini kalau tak silap tahun 2009 dulu. Resort ni memang agak jauh ke pendalaman. Di miliki oleh Mutiara Motor yang kini glamer ngan M7. Resortnya berbentuk ala2 rumah kampung. Korang bleh klik sini

Hotel Selesa, Pasir Gudang
Ke sini sebagai peserta Kursus Induksi tahun 2008. Hotel ni berada di tengah bandar Pasir Gudang. Kawasan keliling agak terhad tuk laksanakan aktiviti luar. Bilik agak besar boleh muat sehingga 3 orang. Korang bleh klik sini

Hotel Katerina, Batu Pahat
Haha...skali skala nak juga buat kursus ke hotel di daerah kelahiran. Di BP, hotel ni adalah yang terbesar. Lebih kurang dengan Hotel Selesa, segala kemudahan adalah sederhana sebagai sebuah hotel. Hotel ni terletak di kawasan bandar. Sejalan dengan hotel ni ada hotel Crystal Inn. Juga berdekatan dengan Summit Parade dan kemudahan lain. Korang bleh klik sini

Pusat Latihan dan Rekreasi, Felcra Tebing Tinggi, Segamat
Banyak kali buat kursus di sini. Aku sendiri tidak berapa ingat berapa kali ke sini. Nama pun dah felcra jadi memang nun jauh dalam kawasan kampung. Banyak pilihan penginapan kat sini. Ada bentuk dorm, bilik bertiga, bilik berdua, dan seorang. Kalau nak khemah pun ada. Banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti flying fox, berbasikal, berkuda, dan macam2 lagi. Korang bleh klik sini

Kings Hotel, Ayer Keroh, Melaka
Hotel ni terletak berhadapan dengan Hospital Pantai di Ayer Keroh. Nampak bangunan hotel warna kuning itulah dia. Penginapan di sini ada berbentuk bilik & appartment. Berpeluang sekali aja buat kursus di sini. Paling best bila berpeluang makan malam di Kings & i Thai Restaurant. Memang sedap makanannya. Hotel yang bersih dan berpatutan. Tiada swimming pool. Korang bleh klik sini

Ayer Keroh Country Resort, Ayer Keroh, Melaka
Resort ni berdekatan dengan zoo Melaka. Penginapannya pun banyak pilihan. Resort yang biasa2 aja bagi aku. Bilik lamanya agak kurang selesa untuk menginap. Ada swimming pool. Korang bleh klik sini

Klebang Beach Resort, Melaka
Datang sini tahun 2010. Masa tu memang banyak duit...hehe. Hotel ni, sederhana sahaja...kawasan pun tidak berapa luas untuk aktiviti luar. Bilik agak kecil. Ada swimming pool. Bagi aku, resort ni cute jek... korang bleh klik sini

Shah's Beach Resort, Melaka
Ke sini pun tahun 2010. Resort ni terletak tidak jauh dari Klebang Beach Resort. Penginapan rumah kayu. Agak banyak nyamuk gaklah sampai aku pun kena bawa ubat nyamuk sendiri. Kemudahan lain okey2 aja. Ada swimming pool. Korang bleh klik sini

Everly Resort, Melaka
Ke sini juga tahun 2010. Terletak bersebelahan aja ngan Shah's Beach Resort. Resort agak mewah dengan pelbagai kemudahan. Penginapan berbentuk appartment. Ada swimming pool yang agak besar. Pernah bawa family bercuti di sini. Sayangnya, resort ni telah di tutup. Nak bagi link ke? Tak perlulah kot.

Pantai Puteri Beach Resort, Melaka
2 kali dapat anjur kursus di sini. Hotel agak baru jadi semua kemudahan adalah baru dan selesa. Bilik sangat besar. Makanan kat sini pun, memang tak ingat nak makan di luar. Korang bleh klik sini

A' Famosa Resort, Melaka
Tak payah ceritalah tentang resort ni. Untuk kursus memang terlebih selesa cuma kedudukan agak jauh dari penginapan dan dewan kuliah. Kalo nak cerita tentang bercuti, hem...memang okey sangatlah. Korang bleh klik sini

Permaisuri MITC Ancasa Hotel, Melaka dan Permaisuri Stadium Hang Jebat, Melaka
Kedua2 hotel ni, biasa2 aja. Yang di stadium bilik memang agak besar. Aku tak pasti samada hotel di stadium tu masih ada atau tidak. Korang bleh klik sini

Ismah Beach Resort, Pengkalan Balak, Melaka
Resort yang dikelilingi ngan suasana kampung. Aku suka ke sini. Walau kecil tapi, ada swimming pool. Korang bleh klik sini

Selain hotel & resort diatas aku juga pernah buat kursus di Institut Koreksional Malaysia, Melaka dan Kompleks Belia & Sukan, Ayer Keroh, Melaka. Memang kursus aku banyak ke arah Melaka. Ada juga sesetgh hotel yang aku dapat singgah tapi, tidak berkesempatan nak anjurkan kursus atas sebab tertentu. Antaranya, Hotel Costa Rica, Melaka / Hotel Puteri, Ayer Keroh, Melaka / INB Resort, Ayer Keroh, Melaka. Setiap tempat ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Ada budget dengan takda budget aja.

No comments: