Pageviews

Friday, January 31, 2014

Bila pertama kali menjejakkan kaki di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Mohd Yunus, Larkin

Tahun 2014 sudah sebulan di harungi. Tahun 2013 di tinggalkan dengan pelbagai kenangan pahit dan manis yang aku lalui. Bersyukur dengan rezeki yang di kurniakan sepanjang tahun 2013. Untuk tahun 2014, akan aku cuba untuk mencipta kenangan terindah. Ingatkan nak abadikan kenangan tahun 2013 di HM ni tapi, asyik tertangguh. Sudahnya, 1st memori tahun 2014 sudah tercipta untuk aku kongsikan di HM ni. Memori masih baru jadi, rasa excited tu lebih sikit. Nantilah kalau ada masa akan aku memorikan kenangan sepanjang tahun 2014 okey.

Memori per-1 aku tahun 2014 ni, bila dapat bersama-sama dengan penyokong HARIMAU SELATAN, JDT. Sape tak kenal JDT yang di gelar pasukan yang dibarisi ramai pemain2 bertaraf bintang seperti Pablo Aimar, Mat Yo, Safee Sali, Adil Zafuan, Mahali Jasuli, Fadhlishaz, dll. Rasanya, kalau nak wakil Malaysia pun boleh...hehehe...sebab ramai pemainnya adalah dari pasukan Harimau Malaya. Itulah pelaburan TMJ. Bila dibarisi ramai star pastinya harapan orang juga akan tinggi untuk melihat JDT bergelar juara. Ada juga yang kata boleh berpesta gol. Itu kata2 orang lain tapi, bagi aku, pasukan JDT yang ada sekarang masih baru. Bukan senang tuk membina sebuah pasukan yang mempunyai kerja berpasukan yang terbaik. Bila kita memasuki sesebuah organisasi pun, makan bertahun untuk membina semangat kerja berpasukan. Itu pun kalau ada rasa kesedaran untuk bekerja sebagai pasukan. Macam mana kalau takda? Begitulah juga dengan JDT. Sebahagian pemain memang sudah bersama sejak tahun 2013 tapi, sebahagian pemain masih baru untuk tahun 2014 ni. Keserasian itu agak memakan masa. 

Pasukan yang baru tidak akan terus menang apa entah lagi untuk bergelar juara. Pelaburan memerlukan pengobanan dan masa. Rasa pahit jika kalah...rasa sakit bila mendengar kritikan itu perlu sebelum berjaya. Sebagai pemain, anggap itu sebagai 1 cabaran untuk terus melakukan yang terbaik. Buktikan kepada pengkritik, yang kita boleh berjaya. Persaingan masih di peringkat awal. Kita sebagai penyokong perlulah sentiasa memberikan sokongan kepada mereka tidak kira ketika kalah atau menang. Ayuh JDT, kita buktikan yang kita boleh!!! Over semangat plak ayat pendahuluan aku ni...hehe...okey, kita kembali pada cerita asal....

Aku memang tidak berapa tahu jadual perlawanan yang melibatkan JDT. Aku banyak bergantung pada FB jika ada update tentang perlawanan. Kebetulan seorg kwn memberitahu JDT vs Lions XII Fc akan diadakan pada 28 Jan 2014. Bila tgk tarikh, hari Selasa. Dlm kepala fikir mungkin tak ramai orang sebab hari bekerja. Kebetulan hari Rabu & Khamisnya tu aku kena ke JB untuk taklimat. Aku kena bawa adik aku kalau tak, siapa lagi nak temankan aku kan? Nasib baik adik aku kata dia boleh balik awal. Aku pun apa lagi, terus minta tolong kawan ni belikan tiket. Bayar lebih sikit pun takpalah janji dapat.

Jadi pada 28 Jan 2014 tu, mohon off ptg. Nasib baik dapat kalau tak aku mohon cuti terus...semangat!!! Hehe...Aku balik BP dulu ambil adik. Lebih kurang pukul 4 petang kitaorang bertolak ke JB. Dari highway terus keluar exit Kempas. Alhamdulillah perjalanan lancar sampailah ke stadium. Aku pergi ambil tiket dulu dari kawan aku sebab jalan depan stadium agak clear. Peminat2 sudah semakin ramai ketika itu. Selepas ambil tiket, kasi penuh dulu perut singgah makan di KFC yang terletak bersebelahan Terminal Larkin. Area Larkin bukanlah terlalu asing buat aku sebab dulu aku belajar di IKM JB. Pernah jalan kaki dari Terminal Larkin ke Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Mohd Yunus itu. Hujung mgu akan ada pasar di sebelah stadium. Ish, menggamit kenangan silam plak. Selepas makan, cari parking kereta. Cari punya cari akhirnya parking dihadapan bangunan SAJ. Jalan kaki terus ke stadium. Bila dah ramai2 taklah rasa jauh sangat. Kepada yang nak menginap di hotel boleh pilih Hotel Seri Malaysia yang terletak tidak jauh dari Terminal Larkin lebih kurang 5 minit jalan kaki dan 10 minit ke stadium. Hotel ni pun bersebelahan ngan bangunan SAJ. Sampai aja di stadium dengar bunyi siren. Ingatkan player JDT baru sampai rupanya budak2 BOS berarak nak masuk stadium. Apa lagi, joinlah diaorang sekali. Barulah ada semangat. 

Masuk aja stadium, aku ikut arahan kawan aku sebab dia kata akan copkan tempat. Mula2 duduk sebelah bawah. Tak kisahlah kalau dah takda pilihan. Sekali kawan aku berjaya cari aku dan aku pun follow dia naik tingkat atas. Memang dapat view yang terbaik...terima kasih Salleh. Bila masuk waktu maghrib dan Isyak, azan akan bergema di stadium. Kepada yang hendak menunaikan solat boleh solat di surau yang disediakan. Pengalaman menonton final Piala FA jadi aku tahu apa yang berlaku di padang. Dalam pukul 8 malam, player2 akan buat warm-up dulu di padang. Masa tu budak2 BOS dah mula menyanyi. Ada lagu baru. Setengah jam selepas tu, semua akan masuk balik untuk acara pembukaan lebih kurang jam 840 malam. Rasa excited sebab jarak antara tempat duduk dan padang tak jauh sangat tak macam stadium Bukit Jalil. Dari jauh aku tahu sape yang berada diatas padang. 2 gol di separuh masa per-1 cukup mbuatkan 1 stadium bersorak bagai nak apa termasuk aku sendiri. Dah takda rasa malu dah...lantaklah org nak cakap pe pun!! Masuk separuh masa ke-2 suasana stadium agak suram selepas Lions sumbat 2 gol yg tak di sangka2. Walaupun hanya seri tapi, bagi aku yang pertama kali menjejakkan kaki ke stadium Larkin ni, memori dapat bersama penyokong2 JDT tidak akan di lupakan. Rasanya, semua yang terlibat dalam setiap perlawanan sudah melakukan yang terbaik bagi memastikan setiap penyokong rasa selamat & selesa. Pemain2 pun sudah buat yang terbaik malam tu. Dari pemerhatian, Mahali Jasuli, Baihakki, Aidil bermain dengan baik malam tu. Diaorang rajin kejar bola dan nampak tenang.

Rasanya tonton bola di Larkin  lebih puas berbanding di Bukit Jalil. Bila di Larkin confirm ramai penyokong2 JDT yang akan ada. Lagi 1, bila jarak antara tempat duduk dan padang tidaklah jauh jadi, dapatlah tengok pemain2 dengan lebih dekat. Masa final Piala FA, nak cam pemain pun payah. Bila dapat tgk Fadhlishaz, Mahali, Safee Sali, Aidil rasa cam nak turun padang ambil gambar ngan diaorang jek...hehe...

Kepada Johor Darul Ta'zim, buat yang terbaik dalam tiap perlawanan. Luaskan Kuasamu Johor. Ale...ale... layan gambar dulu okey...

BOS mula berarak masuk

Seronok dapat join ngan diaorang...baru rasa semangat

Akhirnya....

Bila menyanyikan lagu Johor pasti bendera ini akan di naikkan

JDT di padang

No comments: