Melancong sudah menjadi 1 trend sekarang ni. Dulu memang teringin hendak melancong ke mana2 aja seluruh Malaysia ni tapi, memandangkan masa tu sumber kewangan tidak berapa mengizinkan jadi aku pendamkan aja tapi, aku yakin dapat menikmatinya juga suatu hari nanti. Alhamdulillah kini aku dapat menikmatinya dari rezeki yang aku kecapi sekarang. Tak salah untuk melancong merehatkan diri + minda sambil melihat tempat orang.
Untuk post pertama ni, aku nak berkongsi cerita ketika aku & adik ke Pulau Pangkor, Perak. Puas memikirkan destinasi yang hendak dipilih masa tu. Memikirkan masa study dulu pernah buat trip ke Pangkor bersama kawan2 dan adik aku sendiri pernah belajar di Perak dan juga selalu ke Pangkor so, kitaorang memilih Pulau Pangkor sebagai destinasi percutian. Selepas membuat pilihan, kitaorang memilih Pakej Santai (RM498/- untuk 2 orang) di Puteri Bayu Beach Resort. Pakej termasuk penginapan, makan-dinner-bfast-lunch-dinner-bfast, island tour, & feri dari Lumut-Pangkor. Senang sikit tak payah fikir nak makan kat manakan?
30.01.2011 - Bertolak ke Ipoh, Perak dari Muar, Johor menaiki bas Hasry Express. Kitaorang memilih untuk menaiki bas aja sebab boleh relaks & tido..huhu..sampai Ipoh jam 2.00 pagi. Terlalu awal sampai so, kitaorang decide tuk mencari hotel budget. Nasib baik ternampak masa otw dalam bas nak ke bus stand dan kebetulan berdekatan ngan Mc'D plak tu..memang cantiklah. Mujur masih ada bilik kosong..RM60 aja..murahkan? Namanya Hotel Budget Medan Gopeng. Tak jauh dari bus stand lebih kurang 2 minit jalan kaki. Sampai bilik, salin baju dan tido...Zzzzzz...
31.01.2011 - Tak berapa nak dapat tido..tido2 ayam jek..hehe..selepas mandi, siap2 untuk sarapan. Kitaorang memilih Mc'D yang terletak tidak jauh dari hotel. Selepas perut kenyang, balik semula ke hotel dan sempatlah posing depan hotel & kawasan sekitarnya....lebih kurang jam 10.00 pagi, kawan adik masa study dulu, Yam namanya datang jemput kitaorang di hotel. Di bawa pusing Ipoh dulu sebelum ke rumahnya. Dalam jam 1.00 petang, Yam & suami menghantar kitaorang ke Jeti Lumut. Perjalanan lebih kurang 1 jam gak dari Ipoh. Terima kasih Yam & Suami!!
Ketika beratur menunggu giliran nak naik feri, entah ada mamat mana agaknya yang tiba2 nak cari gaduh tapi, kitaorang buat tak tahu aja. Nasib baik naik feri yang berlainan kalau tak, kecut perut gak tengok cam orang tak betul je!! Seram gak masa dalam feri sebab masa tu cuaca hujan dan laut agak bergelombang so, berselawat banyak2 masa tu. Sampai aja di jeti Pangkor, sekumpulan penyewa2 kereta datang menyerang. Bincang punya bincang kitaorang dapat harga RM120/- tuk 3 hari 2 malam tu...kereta proton auto. Dalam keadaan hujan lebat, kitaorang mencari hotel yang terletak di Pasir Bogak dan akhirnya jumpa. Sampai aja, terus check in. Amat berpuashati ngan biliknya walaupun agak sempit. Pas solat Asar & kebetulan hujan da berhenti, kitaorang pun pusing2 pulau. Perghh...mencabar giler!! Nasib baik auto. Kitaorang usha tempat dulu...Malam pertama tu, kitaorang dihidangkan ngan menu western yang sungguh sedap!! Kebetulan, officemate Aishah & suami honeymoon di tempat yang sama so, malam tu kitaorang jumpa. Suami dia ajak karaoke so, kitaorang pun pulunlah. Buat pertama kalinya aku berkaraoke tuk 1 lagu..Cinta Pantai Merdeka...hahaha....suara tak sedap tu yang segan nak nyanyi..
Dihadapan Hotel Budget Medan Gopeng, IpohDi dalam feri dari Lumut - Pulang Pangkor
Dinner pada malam pertama - Western...yummy giler!!
01.02.2011 - Hari kedua, sebelum sarapan seawal pukul 7 kitaorang pergi mandi laut dlu..nak elak hitam kononnyalah. Pastu swimming pool plak. Selepas puas mandi2 kitaorang salin baju dan terus sarapan. Mewah gak sarapan pagi tu. Sebelum tengahari, kitaorang dibawa pusing pulau menggunakan van pink yang memang sedia ada dalam pakej. Masa nilah dapat gi tempat2 bersejarah yang ada di Pulau Pangkor. Sempat juga singgah membeli makanan hasil laut Pulau Pangkor. Tengahari, menikmati makan tengahari di hotel. Lewat petang, kitaorang keluar lagi dan kali ni misi mencari cenderahati. Banyaklah gak keychain yang kitaorang borong. Selain tu, dapatlah gak beli baju tuk mak & adik Nabila. Malam, kitaorang dihidangkan ngan menu steamboat.
Pulau Pangkor awal pagi
Omputih suka ke sini tau....
Banyak beli makanan hasil laut disini
02.02.2012 - Hari ketiga & terakhir di Pangkor, tak banyak aktiviti pada hari itu. Pagi tu, kitaorang mandi skali lagi tapi, hanya di swimming pool dan pastu sarapan pagi. Selepas sarapan, kemas2 barang & lepak2 jap. Dalam kul 11 pagi, check out dan terus ke Jeti Pangkor menaiki feri ke Jeti Lumut. Sampai Lumut, kitaorang mencari tiket ke Kuala Lumpur. Transnasional menjadi pilihan kitaorang dan masa perjalanan jam 1.30 petang so, sebelum tu isi perut dulu. Sampai KL, ambil tiket ke Muar plak. Akhirnya, kitaorang selamat sampai Muar. Penat memang penat tapi, semangat masih ada tuk ke Melaka plak keesokkan harinya....hehehe....Posing dengan kereta sewa"MEMORI DI PANGKOR"
No comments:
Post a Comment