Pageviews

Thursday, March 22, 2012

Part 1 : 1Malaysia Johor-Pahang-Terengganu

Penat gak nak menaip dan upload gambar dalam blog ni...agak mengambil masa. Kisah ke Pangkor telah pun tamat aku ceritakan. Kini, aku nak bercerita kisah jalan-jalan yang aku boleh katakan pusing 1 Malaysia gakla. Mulanya, aku tak nak join planning adik aku ni sebab memikirkan budget tapi, selepas di racun termakan gakla racun tu...hehe...Selamat membaca catatan perjalananku ini...yang bermula dari 21 - 24 April 2011.
21 APRIL 2011
Aku hanya menanti adik aku datang menjemput di Muar. Pagi tu, selepas adik aku sampai terus menghala ke Segamat. Sampai Segamat dah tengahari so, isi perut dulu di Restoran Nasir. Segamat bukanlah asing sangat buat aku sebab selalu juga buat kursus disini. Aku pun rekomen kat adik aku Restoran Nasir ni yang menu utamanya pelbagai jenis ikan air tawar. Aku taklah berapa layan ikan air tawar ni so, ayam juga menjadi pilihan. Adik lelaki aku pun suka ngan menu kat sini. Dia kata, "susah nak dapat makanan camni..."
Selepas makan tengahari & singgah solat Zohor jap, terus menghala ke Kuantan, Pahang. Buat pertama kalinya aku sampai ke Kuantan yang juga negeri asal seorang sahabat. Berhenti ngeteh di Taman TAS jap sebab perut dah bergoncang2 lapar + haus plak. Pas makan, sampai aja kat kereta tengok2 de kertas saman!! Perghhh...salam perkenalan dari Kuantan. Nasib baik boleh bayar on the spot sebab ada kaunter di situ so, bayarlah jam tu juga. Bagus juga kalau buat sistem macam ni, kan? Pastu, teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sebelum tu, sempat singgah Cherating jap. Ntah camne bleh plak jumpa cousin Dayat sekeluarga kat situ. Parking kereta bleh sebelah kereta dia pula tu. Memang dah lama tak jumpa cousin seorang ni selepas merantau bekerja di Terengganu. Puas berborak teruskan perjalanan sebab kalau boleh nak sampai awal di Kuala Terengganu. Di KT, kitaorang bertiga tumpang tidur di rumah makcik Ana. Selepas makan malam & berehat sekejap, kitaorang dibawa pusing bandar KT malam tu. Agak cantik juga bandar KT di waktu malam. Balik aja, terus tidur sebab dah kepenatan...Zzzzz
Singgah makan tengahari di Restoran Nasir, Segamat

Sekali kena saman da....

Cousin Dayat sekeluarga

Selamat tiba ke Terengganu


Jalan2 di Bandar Kuala Terengganu

Bersambung ke part 2>>
Terengganu - Kelantan - Kedah

No comments: