<1 APRIL 2012>
Lena selena2nya aku tidur. Nasib baik semangat tuk bangun pagi masih ada...masih ada misi yang perlu diselesaikan pada hari kedua ni. Program hari ini, ke Tangkuban Perahu. Semalam masa kapal terbang naik, telinga pekak dan kali ni pun sama sebab kawasan bergunung ganang. Cuaca sejuk mula terasa. Sebaik sahaja turun van, penjual2 mula mengerumuni kitaorang semua. Aduh...rimas pak!!! Aku buat2 dek jek...dengar ajalah apa yang diaorang nak cakap. Bila buat dek, diaorang mula kata, "setia menanti buk..." Tanpa di minta, diaorang memberi penerangan tentang sejarah Tangkuban Perahu. Tangkuban maksudnya terbalik...baru tau!! Kat sini, sempatlah membeli t-shirt untuk diri sendiri. Dari turun van sampai ke van balik asyik di follow jek...!!! Promote punya promote akhirnya aku belilah gak key-chain batu yang berwarna warni. On the way balik ke Bandung, singgah makan tengahari di restoran yang menghidangkan makanan sunda. Memang sedap!! Mannntaappp!!!
Misi berikutnya, ke Pasar Baru. Tempat shopping yang digemari kaum perempuan. Nak kain ela, lace, telekung, blouse, semuanya ada disini. Di sini, aku beli 3 pasang kain cotton tuk adik2 & diri sendiri. Tak ingat apa nama kedai tu. Linda & Azza pun memborong kain ela di situ. Tengok kain lace memang cantik2 tapi, ongkosnya enggak mencukupi so, tengok ajalah. Linda & Azza memborong kain2 jubah & kurung yang siap potong dan bermanik tapi, aku tengok aja. Selepas tu, mencari kain batik. Aku beli 3 pasang kain batik sarung disini. Entah macam mana, tangga turun kitaorang tak jumpa...sampai tanya kat orang. Akhirnya, jumpa gak...nasib baik van belum sampai. Aku, Linda, & Azza lambat setengah jam keluar dari Pasar Baru...hehe...sori semua. Kemudian, singgah ke kedai jual barangan kulit tapi, aku tak berkenan satu pun jadi, tengok ajalah. Hanya Beli t-shirt untuk Nabila & keropok di luar kedai.
Semua dah kepenatan jadi, singgah makan malam di Restoran Ikan. Disini, makanannya berasaskan makanan laut. Plan asal nak singgah Ruma Mode tapi, memandangkan dah kepenatan, terus balik hotel. Sampai bilik, kemas beg dan packing apa yang patut sebab esok pagi dah check out.....Zzzz......
No comments:
Post a Comment