Pageviews

Wednesday, April 18, 2012

Part 3 : JAKARTA - BANDUNG

Agak memakan masa untuk aku lengkap 3 bahagian catatan perjalananku Jakarta - Bandung. Ada faktor yang menghalang untuk aku melengkapkannya...blog ni kadang2 agak lambat upload gambar2..tu yang kadang2 aku letak aja gambar dulu dan cerita kemudian. Kadang tu, masa agak membataskan untuk aku mengarang ayat2...hehe..akibat dah terlalu lama berhenti berkarya agaknya. Oklah, bagi melengkapkan cerita...selamat membaca bahagian ke-3 perjalanan aku ke Jakarta - Bandung yer....

<02.04.2012>

Awal pagi dah check out hotel. Terima kasih kepada Naval Hotel. Hotelnya bersih & biliknya besar. Kami kembali ke Jakarta melalui Puncak. Perjalanan agak jauh juga lebih kurang 2 jam nak sampai ke Puncak. Puncak ni lebih kurang macam Cameron Highland di Malaysia. Sejujurnya aku sendiri tidak pernah lagi sampai ke Cameron Highlands tapi, Puncak udah sampai. Best sangat bila disekeliling kita menghijau...sejuk mata memandang. Kami terus makan tengahari di sebuah restoran di sini. Sedap sekali makanan pada tengahari tu. Sesungguhnya aku tidak mampu menolak setiap kali singgah makan sepanjang berada di Bandung. Dari Puncak kami terus menuju ke Soekarno-Hatta Airport. Di sini, urusan bagasi di uruskan oleh agen. Memang senang...kitaorang hanya bawa beg yang boleh bawa naik flight saja. Sementara menunggu flight jam 4.50 petang, kitaorang pusing2 airport. Walaupun tak besar dan secanggih KLIA tapi, kira oklah. Sempat juga beli beg cenderahati dari Jakarta sebagai tanda pernah ke Jakarta. Jam 4.50 petang, kami dah berada dalam Garuda menuju balik ke Malaysia. Kali ni, aku dapat tepi tingkap jadi, dapatlah merakam permandangan di luar flight. Untungnya dapatlah melihat matahari terbenam...pergghhh memang cantik. Terasa nak keluar dan lompat2 atas awan. Nasib sekali lagi tidak menyebelahi Linda. 4 beg dia muntah. Aku Alhamdulillah...tak mabuk dan telinga pun tak berdesing macam waktu pergi dulu. Kali ini, dalam flight aku makan makanan western. Hem, boleh tahan sedap. Ha, barulah aku tahu Soekarno-Hatta Airport hanya ada 1 landasan jadi semua flight kena menunggu giliran untuk terbang. Alhamdulillah lebih kurang jam 7.45 malam, kitaorang selamat mendarat di KLIA. Urusan Imigresen & Kastam di KLIA pun, takda masalah..berjalan dengan lancar. Dalam perjalanan balik ke Muar, kitaorang singgah makan di R & R Seremban. Dah terasa rindu sangat2 dengan makanan Malaysia walaupun makanan sedap2 di Bandung. Dalam 11.30 malam, selamat sampai Muar.

Indonesia adalah negara luar yang kedua aku jejaki selepas Singapura. Apa yang boleh aku pelajari jika melawat negara orang, kita akan dapat melihat dan merasai cara kehidupan dan kemajuan sesuatu negara. Di Indonesia, rakyatnya memang kurus tidak macam di Malaysia mungkin sebab itu, bilik airnya pun ngam2 aja termasuklah di Airport. Bagi aku yang badan besar ni memang tak selesa. Bila sampai KLIA, ahh...lega rasanya sebab bilik airnya besar. Itulah antara kenangan yang aku tak boleh lupa. Bila nak bezakan hotel pula, aku puji hotel yang kami semua menginap. Biliknya besar & bersih..bilik air pun besar..katil pun selesa..lagi satu, tak lokek dengan cermin. Hotel Naval hanya bertaraf 3 bintang tapi, amat2 puashati. Tak puas rasanya bershopping di Bandung. Terasa nak pergi sekali lagi aja. Hem, mungkin juga aku akan pergi lagi selepas2 ini.

Kata orang, dah sekali ke luar negara..kita akan nak ke luar negara lagi walaupun takda duit. Memang ada betulnya kata2 tu..sebab aku pun dah terasa2 nak ke negara lain pula selepas ni...mungkin Korea? Australia? Aku nakkkk.....

Sungguh indah kuasa Allah....

Menu makan malam pilihan aku

Wajah Linda sebelum mabuk...hehehe....

Cantikkan...?

Posing sebelum naik pesawat Garuda

Posing jek...

Suasana dalam Airport Soekarno-Hatta

Terima kasih ya Pak...

Lihatlah troli kami yang penuh ni...

Bandar Jakarta

Terima kasih Pak Yuyu

Berhenti makan di R & R Seremban....laparrr

Mana2 aja...ada diaorang ni....

Di Puncak...

Masa sampai, bahagian belakang ni kosong...tengok bila balik....

Hotel penginapan kami

Posing dalam bilik


Di tepi jalan pun diaorang akan berniaga

Panjang betul van ni...tapi, takda di Malaysia

Tapai Ubi Mentega...aku tak rasa pun tapi, katanya sedap!!

Makan tengahari di sini...

Add caption

5 comments:

♥ Ayslanur ♥ said...

perghhhh.. cemburu diriku!!!

aqjengka said...

Terima kasih..sedikit sebanyak catatan dalam blog ni membantu saya carik info awal utk ke Jakarta- Bandung minggu depan. saya baca part1,2 dan 3 ini. Cuma risau ttg penjual dan penjaja yg berkerumun tu , saya mudah kasihan ..nanti tak larat nak layan..hehehe.

malindci said...

Terima kasih sbb sudi baca blog sy ni. Mmg bila di Indonesia kt akan dikerumuni ngan bermcm2 org lbh lg bila dia tau kt dari Msia. Wat dek jer ngan diaorg...kena tahan telinga.

Unknown said...

penat membaca sampai part 3 hehehe best nye...saya pun cari info nak pergi ke Jakarta- Bandung ni, terima kasih, bythe way conpius tiba2 ada pic tu kat rnr seremban. Ke memang ada nama seremban kat situ hehehe.

malindci said...

Hai nur aziha,
Thanx sudi baca blog sy ni. 3 hari di sana so, cite pun kenalah bahagi 3 kalo x lagi x larat nak menulis & baca. Yang R & R tu, sy cerita ttg pas smpi Msia. Otw nk balik Muar dari KLIA, singgah R&R Seremban tuk makan2...hehe