Pageviews

Sunday, March 25, 2012

Part 3 : 1Malaysia Kedah-Pulau Pinang-Genting Highland

>>>Bersambung
23 April 2011
Selepas tido ngan lenanya di D'Vista Hotel, Sg.Petani, Kedah aku dan adik2 menikmati sarapan pagi yang simple skali tp, cukupla untuk mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Rasa cam tak sabar nak sampai ke Pulau Mutiara itu. Banyak2 negeri yang aku pergi, Pulau Pinang paling excited giler nak pergi mungkin kena menaiki feri kot... . Sepanjang perjalanan, permandangan sawah yang menghijau menggamit mata aku dan adik2. Macam best sangat bila tengok sawah yang menghijau di depan mata. Sempat berhenti tepi jalan ambil gambar lagi. Yelahkan, Johor susah nak nampak permandangan camni...!!
Sebaik sahaja nampak signboard "Selamat Datang ke Seberang Perai" bertambah excited. Nak seberang ke Georgetown, kitaorang amik keputusan tuk menggunakan feri. Nasib baik queue tak berapa panjang dan menunggu pun taklah lama sangat. Dapat masuk dalam feri aja, terus keluar kereta amik gambar atas feri. Keterujaan melampau yang aku rasa..hehe...Sampai aja di Georgetown, amik kesempatan pusing bandar dulu. Masuk tengahari + perut dah berkeroncong, cari Nasi Kandar Line Clear yang popular tu!! Payah gak nak cari rupanya hanya di celah bangunan. Orang beratur punyalah panjang tapi, teringin nak rasa punya pasal..beratur gaklah. Kitaorang ambil sepinggan kongsi aja sebab tengok banyaknya tak larat nak habiskan. Tu pun dah mahal giler!! Boleh tahan gaklah rasanya tapi, mungkin tak berapa kena dengan selera aku. Pastu, cari tempat jual buah pala & asam2 tapi, tak jumpa2...puas memusing. At last, terus seberang laut menuju ke Genting Highland plak.
Hujan mengiringi sepanjang perjalanan ke Genting. Adik aku pernah sampai Genting tapi, dari arah Selatan bila kena arah Utara, dah hilang arah. Mohon bantuan GPS tapi, jalan yang di suruh lalu agak pelik..celah kampung mana agaknya..jalan kecil aja tapi, di penghujung jalan, yer..simpang 4 arah ke Genting. Tulah, lain kali jangan melawan cakap GPS ok.. . Sampai Genting, terus mencari hotel dan yang ada konpem yang mahal punyerlah. Nak tak nak bayar ajalah sebab dah penat!! Angin aja satu badan!! Haha...ZZzzzzz
Nilah hotel yang kami pilih
Suka tengok permandangan camni..
Dalam feri menuju ke Georgetown...excited!!
Singgah posing aja di Hard Rock Hotel...best tempat ni..!!
Nasi Kandar Line Clear tapi, tak bape clear aritu sebab ramai orang..
Gunakan jambatan Pulau Pinang lak tuk turun ke Genting so, dapat guna kedua2nya..
24 APRIL 2011
Sejuk!!! Selepas sarapan, terus ke Cabel Car tuk naik ke atas. Gerun gak bila berlepas keluar dari tempat Cabel tu. tgk tempat yang tinggi...tiba2 rasa gayat!! Sampai atas, jalan2 dulu. Mula2 tu ingat tak nak main games yang ada tapi, bila fikir entah bila lagi nak sampai Genting tu yang masuk gak. 1st yang aku naik, Solero Shot. Perghh...naik relax jek tp, bila tang turun tu yang tak tahan terasa cam tertinggal kat atas je!! 1st time buat sesuatu yang adventure camni..tp, ku gagahkan jua kaki ni tuk melangkah..hehe.. . Pastu, roller coaster plak. Nampak pendek tapi, terasa lama. Nasib baik tak pening sangat. Aku naik 2 benda ni aja tapi, adik aku dapat naik yang lain2. Jam 1, kitaorang masih kat atas. Hotel dah sibuk call tanya bila nak check out. Kelam kabut gak kitaorang turun. Kabus agak tebal masa tu banding masa naik. Selepas check out, teruskan perjalanan ke KL dulu. Singgah makan Char Kuey Teow kat Ampang. Akhirnya, selamat sampai Muar petang tu lebih kurang jam 5 petang. Selamat memusing 1 Malaysia walaupun tak sempat jejak Perlis aja. Seronok tapi, badan kena lasak & kereta pun kenalah power!!
"CUTI-CUTI MALAYSIA...."

No comments: