Salam...salam....sekarang ni, berita kehilangan MH370 masih hangat di berita2 dunia walaupun sudah hampir memasuki 2 minggu berita kehilangan kapal terbang milik MAS ini. Bermacam2 spekulasi yang aku dengar dan baca. Astro juga menyediakan saluran khas tentang perkembangan kehilangan MH370 ini iaitu saluran Awani 501. Bagi yang bekerja macam aku ni, FB banyak membantu dalam mengikuti setiap perkembangan berita MH370. Bila melihat wajah setiap orang yang penting dalam misi ini di press conference yang diadakan, jelas terpancar kepenatan mahupun kerisauan mereka namun masih ada ketenangan. Selepas membaca tulisan2 dari pelbagai pihak diatas hasil analisis masing2, aku juga mempunyai penilaian tersendiri namun, aku tidak rasa untuk menulis di sini. Apa yang aku harapkan, setiap anak kapal & penumpang MH370 selamat dan Malaysia akan terus aman. Biarlah yang bijaksana sahaja melaksanakan tugas & tanggungjawab mereka untuk menyelesaikan. Kita sebagai rakyat biasa, hanya mampu berdoa dan berharap semuanya akan selesai secepat yang mungkin dan selamat.
Lupakan kisah MH370. Sekarang ni, aku mahu bercerita tentang pasukan bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT). Sebenarnya, minat aku pada sukan bolasepak Johor ni bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum di kenali sebagai Harimau Selatan, pasukan Johor lebih dikenali sebagai pasukan Jengking. Aku masih ingat lagi nama2 seperti Ervin Boban, Alistair Edwards, dll. Bila pasukan Johor semakin layu, aku pun semakin tidak mengikuti perkembangan bolasepak Johor. Sehinggalah TMJ membentuk transformasi pada Johor bermula tahun 2013. Maka terbentuklah nama JDT a.k.a Harimau Selatan. Itupun, aku macam endah tidak endah sahaja tapi, bila melihat kemenangan setiap kemenangan yang dikecapi membuatkan aku terbuka hati untuk mengikuti perkembangan yang baik ini.
Ingat lagi, game JDT yang pertama aku tonton adalah JDT vs Perak pada 25.01.2013. Selepas itu, aku tidak berapa berpeluang menonton setiap game sebab aku belum pasang Astro di rumah kat Muar ni. FB banyak membantu aku dalam memberi keputusan2 terkini setiap game berlangsung. Kadang menang kadang kalah...itu adat pertandingan. Tidak semestinya kita akan berada diatas. Bila JDT berjaya melangkah ke semifinal piala FA menentang Pahang, aku berkata dalam hati, "kalau JDT masuk akhir, aku akan pergi." Akhirnya, terbukti JDT melangkah ke perlawanan akhir menentang Kelantan a.k.a The Red Warriors (TRW). Itulah pertama kali aku menonton bolasepak di stadium. Bila sekali masuk stadium, merasa sendiri dapat bersama penyokong2 membuatkan rasa nak jejakkan lagi kaki ke stadium.
Bermula tahun 2014, bintang2 JDT semakin bertambah dengan dibarisi ramai pemain2 kebangsaan termasuk pemain import yang bukan calang2 orangnya. Walaupun ramai seakan tidak suka dengan usaha TMJ ini tapi, itulah idea, usaha, pelaburan dari TMJ. Stadium mula di baik pulih dengan rumput baru, LED board di sekeliling padang, cat baru, dll. Selain itu, laman web Johor Southern Tigers juga mula di bangunkan. Season Pass juga mula dibuka kepada sesiapa sahaja namun Platinum Card & Gold Card adalah limited. Pakkal aja aku ni duk jauh di BP kalau duduk JB, aku dah mohon antara 2 kad tu. Untuk Blue Card pula dibuka pada bila2 masa sahaja. Bagi yang mempunyai antara 3 kad tu kalau tak berpeluang ke stadium masih boleh tonton di JDTV. Majalah Harimau Selatan pun ada. Bukan itu sahaja, banyak souvenirs JDT yang dijual tak kiralah yang tiruan, gred AAA hinggalah ke yang original. Sehinggakan ada yang mengatakan hasil jualan souvenirs JDT boleh mengaut keuntungan ribuan ringgit kepada peniaga2 kecil. Hebat tak hebatlah penangan JDT. Baju raya pun kalau boleh nak merah-biru termasuklah aku...hahaha...semangat!! Ada sesetgh penyokong tegar sanggup cat motor, kereta, van mahupun lori dengan design berlatarkan JDT. Tidak ramai yang sanggup mengorbankan duit dan kenderaan masing2 untuk tujuan ini. Bagi aku, JDT adalah satu brand. Tahniah TMJ diatas usaha yang baik ini.
Lagi satu yang aku bangga dengan JDT adalah penyokong2nya yang ramai dan setia menyokong tak kira ketika kalah atau menang. Pasukan sorak yang dikenali Boys Of Street (BOS) sentiasa akan mengiringi setiap kali perlawanan. Merekalah yang membuatkan stadium bertambah meriah dengan gendang dan nyanyian2 mereka. Tanpa mereka, stadium akan sunyi.
Kepada TMJ, Terima kasih atas usaha ini.
Kepada pihak pengurusan JDT, lakukanlah dan laksanakanlah tanggungjawab anda bagi membangunkan sukan bolasepak Johor ini.
Kepada pemain2 JDT, tidak kira anda dari negeri mana pun mainlah dengan sepenuh hati kerana anda berada di Johor sekarang ini. Mainlah dengan sebaiknya. Kami yakin dengan anda semua.
Penyokong2 JDT, sokongan padu anda amat penting untuk pemain2. Berikanlah sokongan tidak kira tika menang atau kalah. Jagalah perilaku anda kerana terlalu ramai yang memerhati kita.
Kepada haters, terima kasih. Semakin anda membenci semakin kami bersatu demimu Johor.
LUASKAN KUASAMU JOHOR!!!
Kepada pihak pengurusan JDT, lakukanlah dan laksanakanlah tanggungjawab anda bagi membangunkan sukan bolasepak Johor ini.
Kepada pemain2 JDT, tidak kira anda dari negeri mana pun mainlah dengan sepenuh hati kerana anda berada di Johor sekarang ini. Mainlah dengan sebaiknya. Kami yakin dengan anda semua.
Penyokong2 JDT, sokongan padu anda amat penting untuk pemain2. Berikanlah sokongan tidak kira tika menang atau kalah. Jagalah perilaku anda kerana terlalu ramai yang memerhati kita.
Kepada haters, terima kasih. Semakin anda membenci semakin kami bersatu demimu Johor.
LUASKAN KUASAMU JOHOR!!!
No comments:
Post a Comment