LEGOLAND MALAYSIA!!! Taman tema Legoland pertama di Asia. Siapa yang tidak teringin nak merasai keseronokkan bila berada di dunia Legoland. Pastinya yang tua akan terasa menjadi kanak-kanak semula sepanjang berada di sini...hehehe...contohnya macam aku sendirilah... .
Selepas pembukaan Legoland Malaysia ni, aku belum lagi berkesempatan untuk menjadi antara yang terawal menjejakkan kaki ke Legoland Malaysia sebab aku dan adik sepakat untuk menunggu sehingga semuanya telah sedia beroperasi. Tapikan, sekiranya di beri peluang oleh Maybank, pasti aku tidak akan melepaskan peluang...boleh ke? Ha..sebab tulah aku memerah otak untuk mengarang karangan terbaik untuk semua penilai sempena peraduan Maybank - Legoland Bloggers Contest. Mungkin blog aku ni tidak se'glamour' blog lain tapi, aku akan tetap mencuba untuk menjadi antara blogger amatur yang terbaik!!!
Sebagai rakyat Malaysia amnya dan rakyat Johor khasnya aku amat berbangga dengan terbinanya Legoland Malaysia yang terletak di negeri kelahiran aku, Johor Darul Ta'zim. Walaupun bermacam spekulasi timbul tentang Legoland Malaysia tapi, bagi aku inilah salah satu aset Malaysia. Aku pernah menjejakkan kaki ke Genting Highland dan Universal Studios Singapore pastinya Legoland Malaysia mempunyai keistimewaan tersendiri.
Salah satu permainan yang aku hendak cuba adalah roller coasternya. Aku selalu bergurau dengan kawan-kawan, "bila nak pergi Legoland?" Aku akan jawab, "Tunggulah lama sikit...tunggu skrew-skrew roller coasternya dah ketat...." Sebagai seorang yang berbadan besar, aku takut-takut berani nak naik roller coaster ni...bermacam-macam berada dalam fikiran tapi, cuba tetap akan cuba. Naik roller coaster mampu untuk menguji tahap keberanian dan boleh menjadi terapi terbaik melepaskan tension bila menjerit.
Terus terang, aku tidak boleh membayangkan keseronokkan di dalam Legoland Malaysia tapi, aku yakin Maybank - Legoland Malaysia pasti dapat memberi keseronokkan itu pada aku. Aku mahu melihat sendiri dan mungkin mendengar sendiri rasa kagum pelancong luar negara bila berada dalam dunia Legoland Malaysia.
AKU MAHU KE LEGOLAND MALAYSIA!!!!
No comments:
Post a Comment