LAWAK KE DER??? Mestilah lawak der....masa LKD, aku tidak berapa amik tahu sangat. Bila dapat layan kat Astro & youtube..perghhh hebat gak penangan lawak LKD ni. LKD, aku suka ngan lawak Jozan yang sememangnya kelakor...hahaha....especially ketawa spontan diaorang. Tengok berapa kali pun, tak bosan!!! Tahniah Lawak Ke Der....
Aku dapat tahu tentang Lawak Ke Der 2 pun, pas terbaca status Zizan di Facebook seminggu sebelum tayangan pertama. Aku pun, google tentang LKD 2. Tengok harga tiket, rasanya tidaklah berapa mahal dan tempat pun masih ada. Tanya ngan Angah nak pergi ke tak? Kalau pergi memang best ni...dapat masuk Istana Budaya + dapat jumpa pelakon2nyalah. Reserved tiket tuk 3 hari tapi, tempahan terbatal ngan sendirinya sebab lambat bayar (aku sibuk dengan kursus masa tu). Tanya pihak IB, diaorang kata, kena buat tempahan balik dan tiket boleh ambil masa tarikh tayangan. Dengan nekadnya, aku terus tempah dan buat bayaran. Yeah...50% impian dah pun berada dalam genggaman. Sebenarnya, dah lama aku teringin nak masuk Istana Budaya menonton teater tapi, tidak pernah berkesempatan. Juga dah lama teringin sangat nak tengok+jumpa pelawak2 yang biasa aku tengok di siaran Astro 132 ni. Bila dah ada peluang, takkan aku lepaskan!!!
Tarikh & masa tayangan yang aku pilih ada dalam tiket kat bawah ni...jangan jeles ok!!!
30 SEPTEMBER 2012 JAM 3.00 PETANG |
Aku & Angah bertolak dari Batu Pahat ke KL, pada 30.09.2012 jam 8.00 pagi dengan menaiki bas KKKL. Malas nak drive..naik bas, bleh tido sebab konpem penat punya!!! Sampai Terminal Bersepadu Selatan dah jam 12.00 tengahari jadi, isi perut dulu dan selepas tu, terus naik LRT Bandar Tasik Selatan menuju ke LRT Titiwangsa. Adik aku, Epi yang kebetulan berada di KL datang menjemput kitaorang dan bawa ke Istana Budaya ambil tiket dulu. Harap2 dapatlah bertembung ngan Jozan ke...Boboi ke...tapi, hampeh...takda plak diaorang atau aku yang tak perasan? Sementara menanti pukul 3.00 petang, kitaorang lepak2 sekejap kat Tasik Titiwangsa. Kali terakhir ke tasik ni masa aku sekolah rendah dulu rasanya.
Jam 2.00 petang, kitaorang dah berada dalam IB kembali. Penonton pun dah semakin ramai. Sementara tunggu nak masuk Panggung Sari, kitaorang posing dulu kat IB tu...yelahkan, bukan senang nak masuk IB ni...kalo tak kerana LKD 2 entah bila aku akan masuk IB ni. 2.45 petang, semua sudah dibenarkan masuk Panggung Sari. Yeah...aku kini berada dalam Panggung Sari, Istana Budaya. Siapa sangka??? hehe...tak kisah kalo nak kata aku jakun...memang jakun pun!!! Ada aku kesah...???
Bermacam cenderahati yang di jual...aku tengok jelah... |
Persembahan di mulakan dengan NABIL. Gangnam Style dari Nabil tapi, di tukar ke Lawak Ke Der Style. Lawak Nabil biasa2 aja...lebih kurang macam masa musim 1 tapi, tetap ketawa terbahak2. Dapat curi2 ambil foto Nabil sebelum kena laser masa persembahan Boboi. Ke-2, BOBOI...no more Datin Maimun ok...lawak diaorang pun sederhana aje. Ke-3, JOZAN lah...tepukan & jeritan paling gamat tuk Jozan. Berbanding di LKD 2 aku lagi suka lawak diaorang di LKD 1. Masa LKD 1, lawak diaorang lebih ada makna dan lebih serius. Apa pun, aku suka dengan ketawa spontan Jozan. Ke-4, HARITH ISKANDER yo....aku suka ngan cerita dia!! Itulah perempuan, more intelligent than man ok.. . Ke-5, kembali pada Boboi...Redha Airline...redha ajelah ngan segala2nya. Ke-6, berakhir ngan Jozan. Huh, dah tak larat nak ketawa. Penat!!! Hilang stress penat bekerja. Layanlah foto2 di akhir persembahan diaorang kat bawah ni....