Pageviews
Sunday, April 14, 2013
Wednesday, April 03, 2013
Drama...oh...drama....
Assalamualaikum....pembuka bicara. Dah lama sangat rasanya tak menulis dalam Halaman Memori ku ini. Hem, takda bahan yang nak aku tuliskan di sini. Ntahlah... di saat cuti2 ni, tiba2 terasa nak menulis sesuatu. Penangan tengah baca novel Sebenarnya, Saya isteri dia kot...hehehe....dah lama tak baca novel. Memang mula tu, susahnya nak mulakan...tapi, bila dah sekali baca, eh...tak nak stop plak. Novel ni juga telah di dramakan dan episod pertama baru saja di tayangkan minggu lepas. Drama @ filem yang di adaptasi dari novel pun dah semakin banyak sekarang. Ada yang menepati selera ada juga yang tak. Yelah, bukan senang nak buat drama @ filem yang sebiji macam dalam novel, kan? Dalam novel, macam2 kita boleh tulis yang mungkin akan dilalui dalam dunia realiti tapi, bila di dramakan mungkin ada babak yang tak dapat dilaksanakan. Bagi aku, yang penting feel dalam novel tu dah cukup...janji menusuk kalbu. Lakonan pelakon tu penting. Sekarang ni, banyak drama best2 yang di tayangkan di TV. Tahniah wat TV3 & TV9 yang berjaya menyajikan drama2 yang mantap yang memenuhi citarasa penonton Malaysia. Bila balik kerja, siap2 untuk drama jam 7 malam di TV3. Drama2 lain kadang tu aku tengok di online sahaja. Terkini, drama Sebenarnya Saya Isteri Dia telah menggantikan drama Hanya Padamu di slot Zehra. Kebetulan seorang memberi aku pinjam novel SSID ni jadi selepas baca tu...pergghh....terlayan pula dengan novel ni. Aku harap juga, dramanya akan mantap dengan lakonan Tiz Zaqyah & Izzue Islam tapi, kenapalah drama ni seminggu sekali. kalau hari2kan best taklah seksa menunggu sampai hari Jumaat...hehehe....
Subscribe to:
Posts (Atom)