Pageviews

Tuesday, July 02, 2013

Final Piala FA : JDT vs Kelantan

Assalamualaikum.....

Lama rasanya tak ber'blog' nih...sebenarnya, takda modal tuk di ceritakan dalam Halaman Memori aku ini. Hari ini, ada modal tuk aku ceritakan dalam HM aku ini...hahaha...tengok tajuk dah tahukan...!! Aku dapat tengok final Piala FA antara JDT lawan Kelantan pada 29 Jun yang lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kita bercerita dari mulala eh....taraaaa...check it outtttt....

Sebenarnya....sebenarnya....aku ni memang boleh dikatakan rajin gaklah menyokong mana2 pasukan melibatkan Johor mahupun Malaysia tapi, setakat itu ajalah takdalah plak terfikir sampai nak pergi stadium tengok live. Tentang ke'terror'an JDT plak, aku dapat tahu tentang mereka ni dari kawan2 FB yang rajin update status setiap kali ada perlawanan. Bila lihat banyak kali menang...hem, terror gak JDT ni. Aku tidak pernah berpeluang nak tengok live kat tv sebab rumah aku kat Muar ni, belum ada Astro...hehe.. . Sehinggalah aku berpeluang tengok live separuh akhir Piala FA JDT lawan Pahang. Kebetulan masa tu balik Batu Pahat jadi, bolehlah melayang stadium Astro tu. Melihat sendiri kemeriahan bila JDT menang, rasa nak pergi tengok final pula. Bermula dari situ, aku rajinlah pula layan youtube dan mulalah mengenali pasukan sorak B.O.S...lagu2 semangat tu JDT...dan semangat nak tengok final semakin membara. Aku pun rajin mencari dan menunggu berita tentang penjualan tiket final nanti. 

Bila dapat tahu tiket sudah mula di jual, adik aku turun JB. 1st day frust...tiket hanya tuk yang guna bas jek katanya ko...esok, cuba lagi. Amik ko...orang punyalah ramai. Setgh jam buka kaunter, tiket habis. Logik ke? Hari ke-3, adik aku minta tolong kawan dia di KL tuk gi beli kat Bukit Jalil plak. 3 jam beratur dengan keadaan bersesak2 akhirnya, kawan dia surrender. Aku try tnya kawan2 pun, tak dapat juga. Try guna FB plak pun, tak dapat...hampa!! Terus amik keputusan balik BP...yalah, kat Muar siaran tv tak berapa clear nak tengok final. Entah camne, malam tu adik aku dapat deal dengan sorang bro ni...dia tak dapat pergi sebab last minit ada kerja so, dia nak jual tiket tu. Malam tu juga, aku dengan adik pergi JB ambil tiket. Amacam? semangat tak semangatnya kitaorang kan? Harga tiket? Takyah cakaplahkan.... . Puas bila melihat tiket sudah ada di tangan. Bukit Jalil.....tunggguuuuu aku datanggggg......!!!

Permandangan di luar stadium...lautan biru....
Tiba harinya, 29 Jun 2013, bermulalah perjalanan kitaorang ke final Piala FA. Sepanjang perjalanan, banyak jumpa bas2 membawa fans JDT...R & R pun sesak ngan bas2. Sebelum ke SNBJ, singgah dulu tempat tuk kitaorang bermalam di Presint 9, Putrajaya. Dalam pukul 4.30 petang, barulah aku dan adik bertolak ke SNBJ. Nasib baik aku & adik tahu sikit2 laluan jalan dalam so, kitaorang amik keputusan tuk guna laluan Seri Kembangan. Phewww...nasib baik tak guna highway plus...dia punya pjg...rasanya, kul 7 kot kitaorang sampai SNBJ tu. Alhamdulillah...perjalanan kitaorang lancar cuma sesak bila dah nak masuk ke parking di SNBJ aja. Syukur sekali lagi, parking yang kitaorang dapat gak tak jauh dari SNBJ. Memang dah ramai fans masa tu...dah mula menyanyi pun...dengar sampai luar stadium. Aku dan adik ambil keputusan tuk jalan2 di luar stadium dulu.

Dalam pukul 6.30 petang, barulah kitaorang masuk. Perrghhhh......dah penuh tempat duduk. 1st port, kitaorang berdiri belakang B.O.S perghhh memang best diaorang ni. Macam idea dan formasi fans JDT buat..nampak bersemangat dan sekata. Fans Kelantan plak, agak diam. Terpegun tengok fans JDT agaknya. Kita layan gambar dulu okey....


Luaskan Kuasamu Johor


Ale....ale....ale....


Selepas tu, kitaorang berpindah tempat plak. View memang tak berapa okey tapi, ada tempat nak duduk berbanding tempat awal. Lenguh kaki kalau kena berdiri sampai pukul 11 malam. Memang best bila dapat tengok live di stadium rupanya ya. Walaupun sakit hati bila melihat gol pihak lawan masuk di depan mata tapi, dapat bersama-sama fans JDT memang tak akan aku lupakan. Sikit2 chant bersama2 ngan B.O.S memang seronok. Menyanyi sepanjang perlawanan itulah B.O.S. Dapat tengok balingan resit @ tisu pun best plus flare....seronok!!