ASSALAMUALAIKUM.....
Sekejap aja rasanya dah berada di hujung tahun 2013. Lebih kurang seminggu lagi kita akan melangkah ke tahun 2014. Bagi rakyat Johor, tahun 2014 adalah permulaan yang baru bila cuti akan dilaksanakan pada hari Jumaat & Sabtu. Kalau tak silap aku, masa zaman sekolah rendah dulu pernah melaluinya. Apa yang best, Khamis balik awal...pukul 3.30 uols...huhu. Oklah, aku nak bercerita tentang pengalaman melancong ke Cameron Highlands.
Kalau nak tahu, inilah 1st time aku menjejakkan kaki ke Cameron Highlands. Pelik? Takda apa nak pelik sebab dulu family aku bukanlah senang nak bawa aku dan adik2 bercuti. Bila dah bekerja ni, barulah dapat merasa nikmat bercuti2 Malaysia. Apa pun, bersyukur. Asalnya, kitaorang nak ke KL aja meraikan majlis menyambut menantu Pakcik & Makcik yang tinggal di Putrajaya tapi, entah macamana adik lelaki aku boleh sebut nak ke Cameron Highlands pula. Apa lagi, strategi pun di aturlah. Aku macam biasa, akan google pengalaman2 blogger melancong ke Cameron. Dari situ blehlah menilai dan membayangkan apa nak buat, apa nak pilih, apa yang bagus, apa yang tidak bagus, kan? Banyak jugalah blog2 yang menulis tentang pengalaman melancong ke Cameron Highlands ni. Langkah pertama adalah tempahan hotel. Memandangkan cuti sekolah jadi, tak bolehlah nak main redah aja. Buatnya takda tempat penginapan nanti...naya gak kena balik hari. Aku pun try search guna Agoda. Kalau boleh tu, nak cari 1 bilik untuk 4 orang terus. Senang sikit plus jimat belanja. Nasib baik ada beberapa hotel yang menawarkan bilik jenis Quad @ family room ni hanya beza pada harga. Selepas berbincang dengan adik2 aku, kitaorang pilih Hotel Jasmine. Harga bilik yang ditawarkan di Agoda adalah RM210 sahaja. Oklahkan? Sebab lainnya kitaorg pilih hotel ni, ianya terletak di Brinchang dan dekat dengan pelbagai kemudahan cuma masalah parking ajalah sebab ada beberapa hotel lain di sekitar Hotel Jasmine ni. Dari blog yang ada aku baca, lebih baik duduk di Brinchang sebab kalau duduk luar dari Brinchang adalah masalah nak masuk nanti. Memang akan jam lebih2 lagi cuti sekolah.
Pada 19.12.13 sebelah malam, kitaorang menginap di Putrajaya dulu. Pada 20hb pagi barulah memulakan perjalanan ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai. Nak ke Cameron ni ada 2 jalan samada melalui Tapah @ Simpang Pulai. Dari cerita kawan2 yang pernah ke Cameron, bezanya kalau melalui Tapah jalan akan berbengkok2 tak silap2 boleh mabuk & muntah2. Kalau melalui Simpang Pulai pula, masih berbengkok2 tapi, masih ada jalan yang mendatar @ tegak tidak sentiasa berbelok2 cam melalui Tapah. Terpulang pada citarasa masing2. Kalau dari arah Selatan PLUS highway, kita akan jumpa Tapah dulu kemudian baru Simpang Pulai. Beza jaraknya lebih 60 km. Buatlah pilihan masing2 okey... . Layan gambar dulu...>>>

Bertolak dari Putrajaya lebih kurang pukul 945 pagi. Dalam pukul 3 petang barulah sampai Cameron. Pergghhh....lenguh badan jangan cakaplah tapi, bila dah mula rasa angin sejuk Cameron Highlands hilang terus rasa penat. Sepanjang perjalanan, banyak tempat yang kitaorang jumpa jadi, boleh susun mana nak pergi dulu. Apa pun, check in dulu sebab badan dah penat plus perut pun dah lapar. Adik lelaki aku pergi check in manakala aku & adik perempuan pergi KFC. KFC depan hotel jek. Perut dah lapar...apa lagi, penuhkan perut dululah. Bagi tenaga nak angkat barang2.
Selepas makan, angkat barang, dan berehat sekejap mulalah misi kitaorang jalan2. Tempat per-1 yang kitaorang pergi adalah Cameron Lavender. Agak ramai yang singgah sini. Kalau dari Simpang Pulai kita akan jumpa tempat ni dulu sebelum sampai pekan Brinchang. Lebih kurang 10 minit drive dari pekan. Apa yang ada dalam ni? Macam biasalah...ada bunga2, strawberi, taman2 mini, cenderahati pun ada, & cafe. Sangat2 cantik tempat ni untuk ambil gambar. Kalau buat outdoor pengantin lagilah cun!!
Strawberi coklat yang harus di rasa |
Selepas habis pusing Cameron Lavender, kitaorang singgah di Kea Farm plak. Kat sini, ramai yang berniaga di tepi2 jalan. Macam ada. Bunga, buah2an, makanan, cendehati pun ada. Kat sini juga, boleh dapat buah jambu epal yang boleh dikatakan hot item. Aku beli pun untuk kawan sebab dia kirim. Rupanya buah jambu yang di jerukkan. Aku kalau jeruk ni memang tak berapa sangat. Sempat jugalah aku beli fridge magnet kat sini untuk kawan2. Layan gambar di Kea Farm dulu k....>>>>
Keluar dari Kea Farm, ingatkan nak singgah tempat2 lain tapi, banyak yang dah tutup. Sudahnya, balik hotel. Jalan dah mula jam nak masuk pekan Brinchang. Jauhlah juga tapi, nasib baik jam bergerak. Pasar malam sudah mula beroperasi tu yang jam. Nasib baik dapat juga parking walaupun bukan di hadapan hotel. Selepas mandi & solat, kitaorang turun makan malam. Tempat makan hanya di hadapan hotel. Harga tu, biasalah kalau di tempat tumpuan pelancong ni memang agak mahal. Dahlah kuantitinya sedikit. Tak berpatutan dengan harga makanannya. Dah lapar punya pasal...takpalah...makan jek!! Selepas makan, kitaorang pun jalan2 di pasar malam Brinchang. Macam2 ada kat sini. Aku sempat beli coklat berperisa buah2an, jeruk, & t-shirt. Harganya ok...amat berpatutan.
Di sekitar pekan Brinchang, macam2 hotel yang korang boleh pilih. Katau di Agoda tu korang boleh nilai sendiri dari komen orang2 yang pernah menginap hotel2 di sini. Sederet dengan Hotel Jasmine, adalah Hotel Remix, Hotel Kow Loon, Hotel Rainbow, dll yang aku tak berapa ingat namanya. Hotel2 yang berhadapan pula yang aku ingat Hotel Silver Inn. Nama hotel2 lain aku tak ingat. Ada hotel yang takda lift so, kenalah pandai cari kalau tak semput gak nak angkut barang2 naik atas guna tangga. Parking memang terhad disini sebab banyak hotel disekitar pekan. Kalau nak ada juga hotel yang mempunyai kawasan sendiri jadi, bolehlah pilih hotel2 ini. Beza pada harga ajalah. Bagi aku yang hanya menginap untuk 1 malam aja bolehlah pilih hotel yang budget aja. Bukan nak bercuti dalam bilik pun, kan. Hanya untuk tidur.
Selesa tidur dalam keadaan dingin & sejuk. Bilik takda kipas & aircond pun dah boleh terasa sejuknya sampai ke tulang. Bangun pagi jangan cakaplah sejuknya. Boleh dikatakan, aktiviti di Cameron ni bermula jam 8.00 pagi. Banyak kedai2 dah buka waktu ni. Kitaorang terus kemas2 beg untuk bawa turun dan letak dalam Hilux 4x4 yang adik aku pinjam. Nasib baik bawa Hilux kalau tak, tak taulah mana nak sumbat barang2 sume. Selepas tu, kitaorang terus menikmati sarapan pagi di tempat yang sama masa makan malam. Terus makan nasi lemak sebab nak tahan perut sampai Bangi. Boleh tahan ke? Hehehe....
Selepas sarapan, kitaorang terus ke BOH Tea Centre. Semalam sampai dah tutup. Pagi ni, kasi singgah dulu. Kalau tak, takdalah namanya singgah Cameron Highlands. Cam lawak plak bila bagi jawapan tak tengok pun ladang teh. Orang belum ramai lagi. Masalahnya kena menapak 200 meter nak sampai dalam. Addooiii.....!! lenguh kaki. Lenguh tak lenguh menapak ajalah, kan? Memang teruja bila dapat melihat ladang teh yang menghijau dihadapan mata. Kat sini, hanya jalan2 & ambil gambar. Tak minum pun sebab nak kejar2 turun pula sebab ada 1 lagi tempat nak singgah. Setakat minum teh Boh kat rumah pun minum, kan? Cuma kalau nak feeling2 lebih sikit bolehlah duduk minum. Kitaorang ni pakkal takda masa aja. Jalan nak masuk ke sini kira ok lagi tapi, bila keluar sebelah kiri adalah lereng bukit. Mahu tak seram!! Dahlah ada yang bawa kereta laju. Hishh...kalau aku yang bawa kereta tak tahulah camne!!
Masa dah sampai bawah, tempat akhir yang kitaorang singgah adalah Avant Homemade Choclate. Macam2 coklat ada. Aku beli yang dark coklat aja. Adik2 aku beli coklat yang dalamnya biji kopi. Memang sedap. Selain coklat, ada juga strawberi dan lain2 kat sini. Kalau tak sempat beli dekat atas masih boleh beli di sini. Lepas tu, terus turun. Singgah beli Mc'd dulu di Ipoh sebelum meneruskan perjalanan ke Bangi dalam pukul 12.30 tgh. Sampai Bangi, pukul 3.45 petang. Penat!!!
Permandangan dari bilik penginapan |
Bumbung yang lutsinar tulah tempat makan |