Pageviews

Saturday, June 28, 2014

JDT Juara Liga Super 2014


Ramadan akan di sambut pada 29.06.2014. Selamat menyambut bulan Ramadan wat sume umat islam. Jangan puasa yang-yok plak eh....hehe. Cepat betul masa berlalukan? Rasanya baju2 raya aku tahun lepas baru jek bape kali pakai. Dah nak raya dah? Ish...ish..aku juga terkejut bila melihat sudah 18k lebih yang view page HM ni. Kalo sebelum ni percutian aku di Sunway Lagoon menjadi paling byk di view kali ni, tukar ke percutian aku ke Cameron plak yang di view tertinggi. Confirm ramai yang nak ke Cameron Highland masa cuti sekolah yang lepaskan? Berbalik pada tajuk post aku, JDT Juara Liga Super 2014.

JDT JUARA LIGA SUPER 2014!!!
Terlalu banyak liku yang harus di tempuhi oleh JDT tuk setengah tahun 2014 ni. Bila menang di sanjung tapi, bila kalah bermcm2 kata yang ada. Bagi haters plak, kalah atau menang tetap ada yang tak kena pada pandangan mereka. Selepas kalah di separuh akhir Piala FA, aku seakan yakin yang Piala Liga Super akan menjadi milik JDT. Baki 5 perlawanan di akhir2 liga, JDT sentiasa bernasib baik kecuali ketika bertemu ATM. Aku sebagai penyokong, sentiasa memberi semangat kepada JDT. Laman Instagram banyak membantu aku untuk menyampaikan message terus kepada beberapa pemain dan beberapa page JDT walaupun aku tak pasti samada message aku itu di baca atau tidak. Tak kisahlah kot kalo tak sume membacanya mungkin 1 @ 2 orang pasti akan membacanyakan? Semasa bertemu ATM, ramai mengharap mereka akan menang untuk lebih selesa tapi, akhirnya JDT tewas di tangan ATM. Seterusnya, JDT harus terbang ke Sarawak untuk perlawanan liga yang terakhir. Beza 1 mata ngan Selangor yang berada di tangga ke-2 liga cukup mendebarkan. Formula paling senang, JDT harus menang bertemu Sarawak tanpa mengharapkan apa2 dari game Selangor vs PKNS.

Kerana terlalu excited, beberapa hari sebelum bertemu Sarawak, aku bermimpi. Dalam mimpi tu, aku tengok tv dan nampak keputusan JDT 1 - 0 Sarawak dan tiba2 aku berada di luar stadium melihat semua penyokong JDT meraikan kemenangan JDT. Esoknya, di tempat kerja, aku bercerita dengan beberapa orang kawan dan diaorang ketawakan aku dan kata aku terlalu fanatik. Selepas tu, aku diam jer...aku tak tulis pun kat FB @ Instagram tentang mimpi aku tu. Sehingga hari perlawanan (25.06), bila melihat JDT tidak dapat gol di 1st half, aku yakin JDT akan dapat gol di 2nd half. Yesss....akhirnya di minit ke 65, JDT dapat gol yang sungguh bermakna. Gol yang membuatkan ramai penyokong2nya mengalirkan airmata. Alhamdulillah...gol itu kekal hingga ke akhir perlawanan dan mengesahkan JDT adalah juara Liga Super 2014 dan seterusnya layak ke Piala AFC tahun 2015. Tahniah buat TMJ, semua Pemain, Jurulatih, pengurusan, penyokong, dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak. Anda berhak di atas kemenangan ini.