SALAM 1 MALAYSIA. Berjumpa lagi dalam Halaman Memori aku ini. Lama juga tak wat blog ni. Kali ini, aku kembali dengan cerita tentang Piala Malaysia. Sedia maklum, JDT telah pun tewas di tangan Pahang masa final Piala Malaysia pada 01.11.2014 aritu. Seminggu telah berlalu dan arini, aku nak share cite2 dan pengalaman aku menonton peringkat Suku Akhir ke-2 menentang Terengganu, Separuh akhir ke-2 menentang Felda United, & Akhir menentang Pahang.
SUKU AKHIR (JDT VS TERENGGANU) - 16.10.2014
Mulanya dah surrender bila tak dapat tiket. Sedapkan hati, takpalah kalau tak dapat pergi. Target masa semifinal aja nanti. Entah camne, jam 3 pagi 16hb tu aku tersedar. Tiba2, rasa nak on Instagram so, on jelah. Ada kwn IG tu, nak jual tiket. Aku pun terus tinggalkan pesanan. Sebelum gi keje dia reply komen aku. Selepas berbincang sume, aku setuju nak beli tiket ngan dia. Terus kol adik aku. Pada hari itu, aku ambil off ptg...hehe...dah lama x amik off pun. Selepas solat Zohor, aku bertolak balik Batu Pahat. Lebih kurang jam 4 ptg, kitaorang bertolak ke JB.
Sampai aja JB, adik aku hantar kwn dia kat dpn stadium dulu. Pastu, aku & adik terus ke Markaz BOS yang terletak tidak jauh dari stadium tuk ambil tiket. Perghhh 1st time dapat tengok budak2 BOS berkumpul sebelum berarak. Memang ramai gilerrr. Kereta aku berada di tengah2 dikelilingi budak2 BOS. Selepas dapat tiket, kitaorang cari parking plak. Cari punya cari, akhirnya kitaorang parking kat belakang Larkin Sentral. Pas dpt parking, makan dulu kasi kenyang. Sampai stadium, tempat agak penuh. Nasib baik kawan adik aku ada tolong reserved kan tempat. Tempatnya pun best. Agak lama juga tak menjejakkan kaki ke stadium. Last game aku tengok masa lawan Pahang. Keputusan masa tu, seri. Game pada malam tu, memang sangat2 mendebarkan sebab kedua2 pasukan seri 0 sama masa pusingan per-1. Bukan aje Bojan coach JDT tapi, ramai lagi dikeliling aku ni yang jadi coach. Kutuk mengutuk itu biasa. Tak puashati dengan pengadil2 dan pemain2 itu biasa akan didengari kalau berada di stadium. Kelakar pun ada. Akhirnya, JDT berjaya melangkah ke semifinal dengan jaringan gol JDT 3 - 1 Terengganu. Dapat gak aku tengok JDT menang di Larkin sebab sebelum ni 2 kali pergi 2 kali seri. Kita jumpa di semifinal.
SEPARUH AKHIR (JDT VS FELDA) - 25.10.2014
Sambung cuti dari Deepavali sampai Ahad terus. Cuti Ahad sebab hari Sabtu plan nak tengok bolalah. Jam 3.30 ptg kitaorang dah bertolak ke JB. Jem di Air Hitam. Potong jalan dalam. Kat highway plus pula, jem di Simpang Renggam - Sedenak hampir 10km sebab ada accident. Tengok gaya, cam ada kereta yang nak pergi tengok bola. Masa tgh mengharungi jem ni, kwn adik call tiket tak dapat. Kalau nak, RM50. Perghhh terbeliak biji mata dengar...kaya...kaya.. . Nak ke tak, dah separuh jalan so, setuju ajalah. Sampai Larkin, parking kereta dan isi perut dulu. Sampai aje stadium, memang dah full. Nak masuk stadium pun, dah tolak menolak. Akhirnya, aku & adik duduk kat lantai jek. Nasib baik bawa baju hujan so, wat alas duduk sementara tunggu game start. Bila game start barulah bangun tengok dari celah2 orang. Nampaklah juga especially 1st goal. Masa tu fikir, please JDT, tiket aku RM50 ni...tolonglah menang. Alhamdulillah...rezeki JDT menang malam tu. Bersorak sakanlah. Last game JDT di Larkin untuk tahun 2014.
PERLAWANAN AKHIR (JDT VS PAHANG) - 01.11.2014
PERLAWANAN AKHIR (JDT VS PAHANG) - 01.11.2014
Memang banyak cabarannya. Paling utama adalah untuk mendapatkan tiket. Orang jual confirm melambung2 nak beratur di stadium, confirm berjela2 panjangnya. Aku juga kena alert kalau2 ada mana2 pihak nak buat pertandingan. Dari FB, aku dapat tahu Menteri Besar Johor akan buat pertandingan dan 2000 yang pertama layak menerima sekpg tiket. Aku pun, cepat2 like FB MB Johor so, takdalah tertinggal info. Malam tu juga, selepas keluar iklan, dengan bertemakan Johor Tetapi Jadi Johor, aku mencari gambar2 yang sesuai. Kebanyakkan aku tengok hantar gambar berkenaan bolasepak. Aku mahu hantar gambar lain dari yang lain. Fikir punya fikir, aku teringat gambar2 yang aku ada masa pergi kursus video. Kumpulan aku memilih untuk wat dokumentari tentang Kota Iskandar. Dalam banyak2 gambar tu, aku pilih 1 gambar berlatar belakangkan bendera Johor. Aku edit sikit aja dan terus post di Instagram. Print Screen dan terus email ke MB Johor. Dalam masa yang sama, aku mencari gak tiket2 lain. Yelah, kot2 tak menang. Hari Khamis tengahari, baru dapat email yang aku dapat tiket free tu. Macam tak percaya plak. Masalahnya, hari Jumaat tu kena ambil kat KL. Fikir punye fikir, aku ambil keputusan ambil juga tiket tu kat KL.