Pageviews

Sunday, November 18, 2012

Istanbul Aku Datang!



Agak lama tak update Halaman Memori ini. Tak berkesempatan nak update HM ni. Takpalahkan...tapi, kali ni ada cerita yang nak aku ceritakan. Baru2 ni aku cuti agak lama pulang ke kampung. Adik aku tiba2 mengajak tengok filem Istanbul Aku Datang lakonan Lisa Surihani, Tomok, & Beto Kusyairi. Aku memang bukan kaki wayang sangat so, kalau tak ya2 susah aku nak menjejakkan kaki ke panggung wayang. Tak tahulah kenapa aku lebih memikirkan RM yang keluar tuk suatu movie tapi, akhirnya movie tu menghampakan. Rasa cam rugi sangat2. Selepas tengok iklan2 berkenaan Istanbul Aku Datang ni, aku pun bersetuju ajalah ngan ajakan adik aku tu. Kebetulan Istanbul adalah antara negara yang ingin aku jejaki suatu hari nanti.
 

Istanbul Aku Datang mula di tayangkan pada 8 November 2012 dan aku tengok pada 15 November  so, panggung memang tak penuh pun. Bila mula aja tayangan sampai habis aku takda rasa bosan menonton movie ni. Movie ni ceria sampai ke penghujung dan ada sedikit rasa mengusik jiwa di akhir movie. Aku bukanlah pandai sangat nak komen lakonan setiap pelakonnya tapi, diaorang berjaya membawakan watak dengan baik. Bagi pendapat aku, Lisa Surihani berjaya membawakan wataknya yang agak ceria & manja dengan baik. Selain Lisa yang boleh bawa watak camni rasanya Nur Fazura antara pelakon yang sesuai juga. Tomok, agak baik...tapi, masih perlu memperbaiki lakonannya yang bagi aku agak sikit kaku. Beto Kusyairi, tidak dapat nak mempertikaikan watak bersahajanya...memang menjadi lakonannya.
 

Tidak rugi menonton Istanbul Aku Datang! 


 

 


No comments: