Pageviews

Saturday, February 02, 2013

Kursus TOT Fasilitator

Pembuka cerita tahun 2013.
 
Sekali lagi ke Lumut, Perak buat kali ke-3. Bukan untuk jalan2 okey tapi, Kursus TOT Fasilitator Zon Selatan. 3 negeri bergabung untuk kursus ini iaitu dari Johor, Melaka, & Negeri Sembilan yang juga selaku Penganjur (JKN Negeri Sembilan). Sebelum ni, aku selalu uruskan staff pergi kursus jauh2 dan kali ni, giliran aku dan Lela pula pergilah yer...bila lagikan? Pengangkutan, penginapan, makan-minum semua disediakan tinggal bawa duit belanja aja so, takkan nak lepaskan peluang nikan? Jom ikuti cerita pengalaman aku sepanjang kursus...>>>
 
29 Jan 2013, berkongsi kenderaan PKD Muar jam 630 pagi aku dan Lela bertolak ke JKN Negeri Sembilan sebelum tu, singgah ambil Iza di Tangkak & CC Rahim di Melaka. Kitaorg ber-4 peserta paling lambat sampai..hehe...malunye. Lebih kurang jam 930 pagi baru bertolak ke Perak. Sepanjang perjalanan, kitaorg berhenti di 2 hentian iaitu R & R Dengkil dan 1 lagi di Perak. 7 jam perjalanan akhirnya kami sampai di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Perak (Cawangan Lumut). Kolej ni terletak bersebelahan dengan Kem TUDM...diatas bukit...menghadap ke laut. View memang indahlah mana taknya, bila laut terbentang luas depan mata. Bunyi bot terpanggil2 nak pergi ke Pangkor...hehe...awal2 dah minta ngan Fasilitator nak wat riadah hari ke-2 kat Pangkor. Selepas wat pendaftaran dan ambil cadar, terus ke asrama yang disediakan. 1 dorm tuk 6 orang..katil double decker...terasa macam aku kembali menjadi student plak. Aku 1 dorm ngan Lela (HPSF Muar), Iza (Hos. Tangkak), Radzna (Hos. Tampin), Kak Badariah & Kak Jamilah (PKD Alor Gajah). Dorm A3 memang happening ngan gila2 kak Badar dan juga lain2. Petang tu, kitaorg di beri masa tuk berehat. Malam, kelas pun bermula ngan taklimat dan kemudian bersama penceramah jemputan Tn. Hj. Rahim dari Multiways. Dulu aku pernah mendengar ceramah anak beliau, Ramzan. Memang best ceramah beliau...tak sempat nak mengantuk.
 
Posing berlatar belangkan laut
 
Hari ke-2 (30 Jan 2013), sebelah pagi sambung ceramah ngan Tn. Hj. Rahim dan petang, jom kita ke Pangkor. Bukan sahaja jalan2 tapi, ada kerja yang harus di fikirkan. Bincangnya sekejap jer pastu, sewa van pink pusing Pangkor. Pakcik yang bawa kitaorang punya peramah. Dia bawa kitaorg singgah ke Kota Belanda, Galeri Pangkor, & Teluk Nipah. Kali ke-3 ke Pangkor aku dah bleh jadi pemandu pelancong...hehe...Masa tahun 2011, Teluk Nipah masih dalam pembinaan tapi, kali ni dah siap sepenuhnya. Aku sempat beli t-shirt tuk Zunah. 630 petang, selamat kembali ke Lumut dan terus ke Kolej. Sampai aja asrama, air takda. Nasib baik hanya 5 orang aja yang balik asrama lain semua pergi makan dulu. Dapatlah kitaorg basah2kan badan hilangkan lekit di badan. Malam, giliran shopping barang2 kering, baju, & mengeteh di Teluk Batik. Dapatlah aku membeli ole2 tuk kawan2 ofis & keluarga. Malam sampai asrama, takda air lagi. Ada air pun baki2 sikit so, sempatlah aku membuang air. Seksa gak takda air nih...!!!
 
Di Kota Belanda
 
Lepak2 di Teluk Nipah

Hari ke-3 (31 Jan 2013) hari terakhir kursus, masa tuk membentangkan tugasan yang telah diberi. Antara 6 kumpulan, kumpulan aku adalah antara 3 kumpulan yang mendapat tempat di hati juri. Siapa sangka? Tahniah kumpulan 1. Jam 1215, kitaorg dah bertolak balik ke Negeri Sembilan. Sebelum tu, singgah di Bidor membeli buah jambu yang memang terkenal di Perak. Jam 7 malam, selamat sampai di JKN Negeri Sembilan. Suami Lela, Hamzi datang menjemput dan jam 900 malam kami sampai di Muar.
Sambil menyelam minum air...sambil kursus sambil tu jalan2. Pas 5 tahun keje, baru inilah aku dapat peluang. Tu pun bukan senang lenang di hotel tapi, di Kolej. Dengan pengalaman takda air..terpaksa mencari sumber air tuk mandi..buang air...perghh, memang mencabar. Paling aku puji, walau takda air tapi, peserta tetap menepati masa. Terbaekla u ols...xoxo
 


Geng dorm A3

Singgah di Bidor

Bas yang membawa kami...terima kasih JKN Negeri Sembilan kerana menganjurkan kursus ini


No comments: