Pageviews

Friday, March 21, 2014

Johor Darul Ta'zim (JDT)

Salam...salam....sekarang ni, berita kehilangan MH370 masih hangat di berita2 dunia walaupun sudah hampir memasuki 2 minggu berita kehilangan kapal terbang milik MAS ini. Bermacam2 spekulasi yang aku dengar dan baca. Astro juga menyediakan saluran khas tentang perkembangan kehilangan MH370 ini iaitu saluran Awani 501. Bagi yang bekerja macam aku ni, FB banyak membantu dalam mengikuti setiap perkembangan berita MH370. Bila melihat wajah setiap orang yang penting dalam misi ini di press conference yang diadakan, jelas terpancar kepenatan mahupun kerisauan mereka namun masih ada ketenangan. Selepas membaca tulisan2 dari pelbagai pihak diatas hasil analisis masing2, aku juga mempunyai penilaian tersendiri namun, aku tidak rasa untuk menulis di sini. Apa yang aku harapkan, setiap anak kapal & penumpang MH370 selamat dan Malaysia akan terus aman. Biarlah yang bijaksana sahaja melaksanakan tugas & tanggungjawab mereka untuk menyelesaikan. Kita sebagai rakyat biasa, hanya mampu berdoa dan berharap semuanya akan selesai secepat yang mungkin dan selamat. 

Lupakan kisah MH370. Sekarang ni, aku mahu bercerita tentang pasukan bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT). Sebenarnya, minat aku pada sukan bolasepak Johor ni bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum di kenali sebagai Harimau Selatan, pasukan Johor lebih dikenali sebagai pasukan Jengking. Aku masih ingat lagi nama2 seperti Ervin Boban, Alistair Edwards, dll. Bila pasukan Johor semakin layu, aku pun semakin tidak mengikuti perkembangan bolasepak Johor. Sehinggalah TMJ membentuk transformasi pada Johor bermula tahun 2013. Maka terbentuklah nama JDT a.k.a Harimau Selatan. Itupun, aku macam endah tidak endah sahaja tapi, bila melihat kemenangan setiap kemenangan yang dikecapi membuatkan aku terbuka hati untuk mengikuti perkembangan yang baik ini. 

Ingat lagi, game JDT yang pertama aku tonton adalah JDT vs Perak pada 25.01.2013. Selepas itu, aku tidak berapa berpeluang menonton setiap game sebab aku belum pasang Astro di rumah kat Muar ni. FB banyak membantu aku dalam memberi keputusan2 terkini setiap game berlangsung. Kadang menang kadang kalah...itu adat pertandingan. Tidak semestinya kita akan berada diatas. Bila JDT berjaya melangkah ke semifinal piala FA menentang Pahang, aku berkata dalam hati, "kalau JDT masuk akhir, aku akan pergi." Akhirnya, terbukti JDT melangkah ke perlawanan akhir menentang Kelantan a.k.a The Red Warriors (TRW). Itulah pertama kali aku menonton bolasepak di stadium. Bila sekali masuk stadium, merasa sendiri dapat bersama penyokong2 membuatkan rasa nak jejakkan lagi kaki ke stadium.