Pageviews

Friday, December 19, 2014

Taman Tema Legoland, Johor Bahru

2014 sudah hampir melabuhkan tirainya. Nampaknya, tahun ni post aku banyak tentang bola sepak JDT. Akhir tahun ni baru berkesempatan nak bercuti-cuti Malaysia itu pun, balik hari dan hanya dalam Negeri sendiri saja. Tahun ni, entah berapa kali aku menjejakkan kaki ke Johor Bahru. Yalah, dengan tengok bolanya, dengan kursusnya dan kali ini, ke Legoland pula. Universal Studios Singapore (USS) 2 kali aku pergi takkan taman tema negara sendiri taknak pergikan? Teringin nak pergi jadi, kena wujudkan sebab memang kena pergi juga. Masa peperiksaan awal tahun, si Nabila ni dapat no. 25. Aku cakap dekat dia kalau dapat no.15 keatas bawa pergi Legoland. Tak sangka pula peperiksaan akhir tahun dia dapat no. 5 so, kenalah tunaikan janji tukan? Jadi, kenalah aku standby apa yang patut untuk merealisasikan janji tu. Dah janji kena tunaikan kalau tak, lambat lagi aku menjejakkan kaki ke Legoland tu.

Awal pembukaan Legoland, aku tak mahu terlalu sibuk nak ke Legoland. Bukan tak excited dengan taman tema negara sendiri tapi, nak membiarkan semua tempat beroperasi jadi tak perlulah aku pergi banyak kali dalam tempoh terdekat. Kebetulan masa aku pergi ni, salah satu permainannya baru beroperasi iaitu Star Wars. Sebelum pergi, macam biasa aku akan baca blog-blog tentang bercuti ke Legoland. Dari situ kita akan tahu dan boleh mengatur perancangan. First sekali nak cerita tentang harga tiket. Banyak kategori untuk tiket ni. Korang nak yang theme park saja, water park sahaja, & combo (theme park + water park). Kalau nak detail boleh KLIK SINI . Aku pilih nak masuk theme park sahaja so, harga tiket RM 140 (dewasa) & RM 110 (kanak-kanak). Kebetulan aku adalah pemegang kad Smiles Petron so, bila isi minyak RM 40 dapat voucher RM 40. Rezeki lagi. Kira dah boleh jimat RM 40. Bila tengok hotelnya siapalah yang tak teringin tapi, bila tengok harganya, takpalah mungkin lain kali.

Pada 12.12.2014, Aku, adik, & Nabila memulakan perjalanan ke Legoland seawal jam 830 pagi dari Batu Pahat. Sampai Legoland, orang memang dah ramai dengan bas-bas pelancong dan kereta-kereta. Orang beratur beli tiket pun dah berbelit-belit. 1 jam jugalah aku beratur. Jam 1130 barulah kita orang masuk selepas bergambar dihadapan trademark Legoland. Tunjuk Gambar sikit.




Selepas puas bergambar, kita orang pun masuk. Sebelum tu, ke toilet dulu. Bab toilet memang aku puji. Sangat terbaik tahap bersih dan wanginya. Rasa macam nak duduk lama dalam tu..hehe... . Kita orang pilih untuk ke kanan dulu walaupun dalam peta no.1 tunjuk ke arah kiri. Legoland terbahagi kepada 7 zon. Kalau aku nak cerita satu persatu penat gak jadi, korang boleh KLIK SINI . Semua zon aku singgah tapi, tak semua permainannya aku masuk. Ada 2 permainan melibatkan air. Ingatkan basah sikit-sikit saja sekali tengok orang main, lencun terus tak jadi kita orang nak main. Memang ada mesin dryer tapi, mesti tak selesa kalau tak dapat tukar baju. Ada 2 permainan berbentuk roller coaster. 1 tu dragon, kita orang naik. Walaupun hanya sekali pusing tapi, menjeritlah juga aku. Budak depan aku siap tengok-tengok aku. 1 lagi tu, Project 'X' yang ni kita orang tak main sebab tempat letak begnya tu tak selamat langsung. Memang ada locker tapi, harga agak mahal. 

Kepada yang tak bawa stroller, sini ada khidmat sewa stroller. Single ada yang double pun ada. Surau pun ada. ada 2 surau dalam Legoland. 1 di Zon Imagination & 1 lagi di pintu masuk (sebelah kiri). Suraunya memang besar dan selesa. Banyak-banyak benda yang aku tak sanggup adalah harga makanannya. Bagi aku dan mungkin rakyat Malaysia agak mahal. Antara makanan yang aku sempat nampak : Plain donut RM3, Sausage Donut RM8, set burger RM20 keatas, set nasi ayam RM25 (kalau tak salah pandang). Banyak restoran yang ada dalam Legoland. Terpulang pada korang nak pilih yang mana satu. Aku nasib baik Mak dah siap bekalkan mee hoon goreng + kuih jadi, makan tu ajelah. Masa dalam Legoland tu, hanya makan yang ringan-ringan aje. Sampai Air Hitam baru pulun. Kepada yang nak jimat, aku nasihatkan bawalah apa-apa makanan pun tapi, jangan bawa macam tu saja. Masuklah dalam beg lawa sikit. Tiada pemeriksaan beg pun di kaunter. Di luar Legoland, ada restoranan makanan segera macam Burger King dan KFC (2 restoran ni aja yang aku nampak dari jauh). 


Seronok dia dapat bawa kereta






































 <<<< Model lego yang ada >>>>







Sebelum tamatkan penulisan, pendapat aku tentang Legoland sangat sesuai untuk peringkat kanak-kanak (sekolah rendah) dan remaja. Kepuasan sebagai seorang dewasa agak kurang sikitlah walaupun Dragon Roller Coaster tu mampu buat aku menjerit. Tiada permainan yang betul-betul mencabar untuk orang dewasa. Untuk melayan anak-anak tu memang bolehlah sangat. Aku pun bukanlah berani sangat dengan permainan yang terlalu mencabar. Tentang kemudahan yang ada dalam Legoland memang aku puji. Banyak tempat duduk yang disediakan. Tandas sangat bersih. Bila cuaca panas, memang agak kurang tempat berteduhlah. Hem, makanan memang agak mahal bagi aku. Cencerahati pun, mahal. Keychain paling murah RM10 dan itu ajalah yang boleh aku beli. 

Sebagai rakyat Malaysia, aku bangga kerana Legoland berada di Malaysia secara amnya dan Johor secara khususnya. Cuma aku nak tegur, tiada papan tanda arah ke Legoland di Plus Highway. Kalau yang tidak tahu pasti tidak tahu jalan mana satu nak ke Legoland. Sepatutnya tanda arah ini dapat di perbanyakkan lagi. Sekian cerita kisah Legoland aku. Kepada yang nak tahu lebih lanjut boleh layari laman web Legoland.


 
 





























2 comments:

Wak Lat said...

wahh sonoknyer gi legoland.,, ;)

khairunnisa said...

terima kasih sis untuk penulisan.. : )