Pageviews

Sunday, December 30, 2012

JALAN2 KE SUNWAY LAGOON

Tahun 2012, tahun jalan2 buat aku. Penutup tahun 2012 ni, aku & keluarga bercuti2 Malaysia ke Sunway Lagoon. Kebetulan cuti sekolah jadi, bolehlah bawa si Nabila sekali join sama...nasib baik Ibu dia bagi join kitaorang ni. Kalo tak, menangisla yer Dik...!! Selepas bertahun2 wujudnya Sunway Lagoon, tahun inilah baru berpeluang menjejakkan kaki ke sini. Yalah...bukan apa, USS dah 2 kali aku jejak takkan taman tema negara sendiri tak nak pergikan...? Mahal memang mahal tapi, kalo fikirkan mahal entah sampai bila akan jejakkan kaki ke sini, kan? Akhirnya, tutup mata ajalah keluarkan duit bonus tuk ke Sunway Lagoon...huhu....


 23.12.2012, jam 5 petang, kitaorang bertolak untuk bermalam di Putrajaya dulu. Menumpang tidur rumah kembar adik ipar di Presint 9. Sampai dah malam so, kasi isi perut dulu di restoran Thai yang terletak di Persiaran Diplomatik. Harga agak mahal kat restoran tu jadi, pilihan terbaik makan yang goreng2 ajalah. Rasa, kira oklah...hem, tamat cerita aku untuk 1 hari...

24.12.2012, selepas bersiap2 kitaorang singgah rumah Makcik di Serdang. Rezeki, Mak Mon belanja kitaorang sarapan pagi...terima kasih Mak Mon. Kalo nak ke Sunway Lagoon pun, masih awal lagi. Selepas breakfast, kitaorang terus ke Sunway Lagoon. Tengok kereta macam tak banyak masa kat parking tapi, sekali sampai kat depan pintu masuk, amek ko...berderet orang nak beli tiket. Semakin lama semakin ramai pelancong yang datang. Bermacam2 bahasa yang aku dengar. Rezeki lagi, ada grouping dari Singapore yang nak jual 2 tiket lebih kat kitaorang. Dia kata, ada 2 orang group dia tak datang so, dia nak jual aja tiket tu...dapat kuranglah sikit harganya RM150 tuk 2 tiket dewasa. Tengah dok beratur, terpandang pakej family RM275 tuk 2 dewasa 2 kanak2 tapi, Nabila aja yang di kira kanak2 si Zunah konpemlah free. Idea adik aku, sorang lagi kanak2 tu tukar pada warga emas iaitu my motherlah sebab harga sama. Orang kat kaunter kata boleh...so, on ajalah. Dah jimat lagi...hehe...

Sebelum tu, kitaorang posing dulu kat luar Sunway Lagoon sementara menunggu adik lelaki aku beli tiket...ramaikan orang kat belakang tu...?


Dapat aja pass berbentuk jam tangan, kitaorang terus masuk dalam tapi, sebelum tu kena check beg dulu okey...1st park yang kita akan jumpa is Scream Park (sebelah kiri) & ke Amusement Park (sebelah kanan). Kitaorang pilih ke arah kiri. Dalam perjalanan tu, jumpalah plak sekumpulan red indian & maskot Sunway Lagoon yang berwarna biru tu. Sepjg perjalanan ke water park akan jumpa mini zoo, air terjun, gerai makanan, & kedai cenderahati. Sampai di Water Park, si Nabila dah tak sabar2 nak terjun kolam. Sampaikan nak cari port letak barang pun kelam kabut...budak2 camtulah. Dapat aja port, terus tukar baju dan gedebusshhhhhh......dah lama rasanya tak berendam dalam air.

Ikutkan hati nak cuba segala yang extreme tapi, sume kena xtra charge so, pendam ajalah. Nak naik tangga merentas jambatan gantung pun, alamak....malasnya nak memanjat tangga tu...flying fox pun sama kena panjat tangga. At last, sume tu pendam aja. Aku, Angah, & Nabila sempat masuk ke Waterflex 5D aja. Antara terbaru di Sunway Lagoon. Hem, memang akan lencun dalam ni & terasa betul2 alami pengalaman dalam skrin. Dah lama tak menjerit rasanya so, kasi jerit dalam ni...aarrggghhhhhhhh........

Dalam pukul 2, giliran aku, Angah, & Nabila salin baju. Epi, Ana, & Zunah dah pun siap salin baju & makan. Nasib baik masa kitaorang masuk bilik mandi orang tak ramai. Apa yang aku kagum, bilik mandinya memang selesa giler & bersih. Berbanding kat A' Famosa memang tak selesa. Pintu bilik mandi hanya menggunakan tirai okey kat A' Famosa tu. Selepas siap mandi & salin pakaian, kitaorang ber-3 ni mencari makanan sebab dah lapar sangat2. Hampes bila nasi dah habis. Yang ada hanya burger, nugget, sosej, kentang goreng...kiranya yang ringan2 jek. Nak ke tak nak belilah gak sebab dah lapar. Nak tau bape RM burger yang aku beli? RM 8.50 ok...mak ai, takdalah besar mana pun burger tu. Aku beli 2 burger, 2 batang nugget, 1 batang sosej, air mineral, milo, & ais lemon tea = RM 43.00...percaya? Makanan dalam Sunway Lagoon memang mahal!! tapi, bila dah lapar tutup ajalah mata tu beli makanan demi nak mengisi perut. Habis aja bayar, nasi goreng pun sampai...addoiiiiiii

Depan Scream Park




Sand beach

Jom kita terjun kolam

Kita baliklah yer...
Pas mengisi perut & kemas2 beg, kitaorang sume berjalan keluar tuk check in hotel. Kitaorg memilih tuk menginap di hotel budget, Suns Inn Hotel yang terletak bersebelahan aja ngan Sunway Lagoon. Jalan kaki hanya 5 mnt aja tapi, kalo nak naik kete akan pusing jauhlah. Hotelnya, not bad lah...bukan nak bercuti2 dalam hotel pun kan...hanya nak tidur. Berehat2 dalam bilik...solat...dalam pukul 5, kitaorang ke Sunway Pyramid plak nak lepak2 with my Mak Mon, Jasmin, & Aidan. Memang ramai dalam Sunway Pyramid tu. Bahang Krismas pun, sudah terasa. Selepas pot-pet-pot-pet, kitaorang ke HR Steak, Kg. Baru plak sebab cousin Ila nak belanja makan western malam tu. Jenuh gak mencari tapi, akhirnya sampai. Masalah di Kampung Baru, jalan yang sempit & parking. Harga makanan kat sini, memang agak murahlah. Aku amik mix grill dalam tu ada ayam, daging lembu & kambing = RM12 aja...air besar gabak gelasnya = RM 2.50 aja. Murahkan? Thanks Ila sebab belanja.

On the way balik hotel, pergghhh jam gilerrr. Ingatkan kenapa rupanya berderet2 kete nak masuk Sunway Pyramid sempena malam Krismas. Dari hotel, dengar bunyi bunga api. Ingat nak gi join tapi, bila dah sampai bilik malas nak kuar plak...katil lebih memanggil2...hehe...Esoknya, kul 10 pagi dah check out. Otw balik Johor, singgah Port Dickson jap jalan2. Berderet2 kereta di tepi pantai. Hari cuti Krismas ramai amik kesempatan picnic bersama keluarga. Ingat balik nak lalu jalan lama sekali bila sampai kat round about, pergghhh....jam giler nak menghala ke Teluk Kemang. Keluarlah balik lalu highway PLUS.
 
Memang seronok bila sekali sekala dapat bercuti bersama keluarga. Insyaallah suatu hari nanti aku akan ke Sunway Lagoon lagi. Pasni, kalo pergi acara mandi manda adalah agenda yang terakhir. Aku nak pusing2 dulu. Coming soon, Sunway Lagoon akan ada permainan macam di Water World I-City. Teringin gak nak mencuba...nak mencabar ketakutan sendiri...ala2 Fear Factor plak....bye...xoxo

Sunday, November 18, 2012

Istanbul Aku Datang!



Agak lama tak update Halaman Memori ini. Tak berkesempatan nak update HM ni. Takpalahkan...tapi, kali ni ada cerita yang nak aku ceritakan. Baru2 ni aku cuti agak lama pulang ke kampung. Adik aku tiba2 mengajak tengok filem Istanbul Aku Datang lakonan Lisa Surihani, Tomok, & Beto Kusyairi. Aku memang bukan kaki wayang sangat so, kalau tak ya2 susah aku nak menjejakkan kaki ke panggung wayang. Tak tahulah kenapa aku lebih memikirkan RM yang keluar tuk suatu movie tapi, akhirnya movie tu menghampakan. Rasa cam rugi sangat2. Selepas tengok iklan2 berkenaan Istanbul Aku Datang ni, aku pun bersetuju ajalah ngan ajakan adik aku tu. Kebetulan Istanbul adalah antara negara yang ingin aku jejaki suatu hari nanti.
 

Istanbul Aku Datang mula di tayangkan pada 8 November 2012 dan aku tengok pada 15 November  so, panggung memang tak penuh pun. Bila mula aja tayangan sampai habis aku takda rasa bosan menonton movie ni. Movie ni ceria sampai ke penghujung dan ada sedikit rasa mengusik jiwa di akhir movie. Aku bukanlah pandai sangat nak komen lakonan setiap pelakonnya tapi, diaorang berjaya membawakan watak dengan baik. Bagi pendapat aku, Lisa Surihani berjaya membawakan wataknya yang agak ceria & manja dengan baik. Selain Lisa yang boleh bawa watak camni rasanya Nur Fazura antara pelakon yang sesuai juga. Tomok, agak baik...tapi, masih perlu memperbaiki lakonannya yang bagi aku agak sikit kaku. Beto Kusyairi, tidak dapat nak mempertikaikan watak bersahajanya...memang menjadi lakonannya.
 

Tidak rugi menonton Istanbul Aku Datang! 


 

 

Tuesday, October 02, 2012

LAWAK KE DER??? musim 2

LAWAK KE DER??? Mestilah lawak der....masa LKD, aku tidak berapa amik tahu sangat. Bila dapat layan kat Astro & youtube..perghhh hebat gak penangan lawak LKD ni. LKD, aku suka ngan lawak Jozan yang sememangnya kelakor...hahaha....especially ketawa spontan diaorang. Tengok berapa kali pun, tak bosan!!! Tahniah Lawak Ke Der....
 
Aku dapat tahu tentang Lawak Ke Der 2 pun, pas terbaca status Zizan di Facebook seminggu sebelum tayangan pertama. Aku pun, google tentang LKD 2. Tengok harga tiket, rasanya tidaklah berapa mahal dan tempat pun masih ada. Tanya ngan Angah nak pergi ke tak? Kalau pergi memang best ni...dapat masuk Istana Budaya + dapat jumpa pelakon2nyalah. Reserved tiket tuk 3 hari tapi, tempahan terbatal ngan sendirinya sebab lambat bayar (aku sibuk dengan kursus masa tu). Tanya pihak IB, diaorang kata, kena buat tempahan balik dan tiket boleh ambil masa tarikh tayangan. Dengan nekadnya, aku terus tempah dan buat bayaran. Yeah...50% impian dah pun berada dalam genggaman. Sebenarnya, dah lama aku teringin nak masuk Istana Budaya menonton teater tapi, tidak pernah berkesempatan. Juga dah lama teringin sangat nak tengok+jumpa pelawak2 yang biasa aku tengok di siaran Astro 132 ni. Bila dah ada peluang, takkan aku lepaskan!!!
 
Tarikh & masa tayangan yang aku pilih ada dalam tiket kat bawah ni...jangan jeles ok!!!

30 SEPTEMBER 2012 JAM 3.00 PETANG
 

Aku & Angah bertolak dari Batu Pahat ke KL, pada 30.09.2012 jam 8.00 pagi dengan menaiki bas KKKL. Malas nak drive..naik bas, bleh tido sebab konpem penat punya!!! Sampai Terminal Bersepadu Selatan dah jam 12.00 tengahari jadi, isi perut dulu dan selepas tu, terus naik LRT Bandar Tasik Selatan menuju ke LRT Titiwangsa. Adik aku, Epi yang kebetulan berada di KL datang menjemput kitaorang dan bawa ke Istana Budaya ambil tiket dulu. Harap2 dapatlah bertembung ngan Jozan ke...Boboi ke...tapi, hampeh...takda plak diaorang atau aku yang tak perasan? Sementara menanti pukul 3.00 petang, kitaorang lepak2 sekejap kat Tasik Titiwangsa. Kali terakhir ke tasik ni masa aku sekolah rendah dulu rasanya.
 
Jam 2.00 petang, kitaorang dah berada dalam IB kembali. Penonton pun dah semakin ramai. Sementara tunggu nak masuk Panggung Sari, kitaorang posing dulu kat IB tu...yelahkan, bukan senang nak masuk IB ni...kalo tak kerana LKD 2 entah bila aku akan masuk IB ni. 2.45 petang, semua sudah dibenarkan masuk Panggung Sari. Yeah...aku kini berada dalam Panggung Sari, Istana Budaya. Siapa sangka??? hehe...tak kisah kalo nak kata aku jakun...memang jakun pun!!! Ada aku kesah...???

Bermacam cenderahati yang di jual...aku tengok jelah...
 
Persembahan di mulakan dengan NABIL. Gangnam Style dari Nabil tapi, di tukar ke Lawak Ke Der Style. Lawak Nabil biasa2 aja...lebih kurang macam masa musim 1 tapi, tetap ketawa terbahak2. Dapat curi2 ambil foto Nabil sebelum kena laser masa persembahan Boboi.   Ke-2, BOBOI...no more Datin Maimun ok...lawak diaorang pun sederhana aje. Ke-3, JOZAN lah...tepukan & jeritan paling gamat tuk Jozan. Berbanding di LKD 2 aku lagi suka lawak diaorang di LKD 1. Masa LKD 1, lawak diaorang lebih ada makna dan lebih serius. Apa pun, aku suka dengan ketawa spontan Jozan. Ke-4, HARITH ISKANDER yo....aku suka ngan cerita dia!! Itulah perempuan, more intelligent than man ok.. . Ke-5, kembali pada Boboi...Redha Airline...redha ajelah ngan segala2nya. Ke-6, berakhir ngan Jozan. Huh, dah tak larat nak ketawa. Penat!!! Hilang stress penat bekerja. Layanlah foto2 di akhir persembahan diaorang kat bawah ni....

Tuesday, September 25, 2012

LEGOLAND MALAYSIA

 

LEGOLAND MALAYSIA!!! Taman tema Legoland pertama di Asia. Siapa yang tidak teringin nak merasai keseronokkan bila berada di dunia Legoland. Pastinya yang tua akan terasa menjadi kanak-kanak semula sepanjang berada di sini...hehehe...contohnya macam aku sendirilah... .
Selepas  pembukaan Legoland Malaysia ni, aku belum lagi berkesempatan untuk menjadi antara yang terawal menjejakkan kaki ke Legoland Malaysia sebab aku dan adik sepakat untuk menunggu sehingga semuanya telah sedia beroperasi. Tapikan, sekiranya di beri peluang oleh Maybank, pasti aku tidak akan melepaskan peluang...boleh ke? Ha..sebab tulah aku memerah otak untuk mengarang karangan terbaik untuk semua penilai sempena peraduan Maybank - Legoland Bloggers Contest. Mungkin blog aku ni tidak se'glamour' blog lain tapi, aku akan tetap mencuba untuk menjadi antara blogger amatur yang terbaik!!!
Sebagai rakyat Malaysia amnya dan rakyat Johor khasnya aku amat berbangga dengan terbinanya Legoland Malaysia yang terletak di negeri kelahiran aku, Johor Darul Ta'zim. Walaupun bermacam spekulasi timbul tentang Legoland Malaysia tapi, bagi aku inilah salah satu aset Malaysia. Aku pernah menjejakkan kaki ke Genting Highland dan Universal Studios Singapore pastinya Legoland Malaysia mempunyai keistimewaan tersendiri.
 
 
 
Project X
 
Salah satu permainan yang aku hendak cuba adalah roller coasternya. Aku selalu bergurau dengan kawan-kawan, "bila nak pergi Legoland?" Aku akan jawab, "Tunggulah lama sikit...tunggu skrew-skrew roller coasternya dah ketat...." Sebagai seorang yang berbadan besar, aku takut-takut berani nak naik roller coaster ni...bermacam-macam berada dalam fikiran tapi, cuba tetap akan cuba. Naik roller coaster mampu untuk menguji tahap keberanian dan boleh menjadi terapi terbaik melepaskan tension bila menjerit.

Monday, August 06, 2012

ZAMAN REMAJA TAHUN 1990an

Setiap manusia akan menempuh zaman kanak2, remaja, dan seterusnya dewasa. Setiap zaman menyimpan pelbagai kenangan tersendiri baik pahit mahupun manis. Begitu juga dengan aku. Ketika zaman remaja dulu, aku dan juga remaja2 yang sezaman dengan aku pasti tidak akan melupakan kumpulan 4u2c, Feminin, KRU, Res2, MSteen, NICO, A to Z, & Elite kan?? Mereka membawa konsep muzik masing2. Mungkin remaja skang tidak sedar muzik Kpop yang dipuja terlebih dahulu telah wujud di Malaysia suatu ketika dulu. Antara banyak kumpulan yang wujud masa tu hanya KRU yang kekal hingga skang. Mereka telah berjaya membina empayar tersendiri. Mereka bertuah sebab terdiri daripada adik beradik yang mustahil untuk berpecah berbanding kumpulan lain. Sebenarnya, saja aku nak wat flash back zaman remaja dulu..macam mana aku amat menggilai kumpulan2 ni...haha....

Lagu Fiona nyanyian 4U2C adalah pencetus utama era ketika itu. CD tergantung di leher itulah imej 4U2C yang terdiri dari 7 orang remaja yang handsome yang di gilai para2 remaja. Siapa tak kenal Joe, AC, Azam, Yanz, Rin, Lan, & Adikz...? Aku dikira bertuah sebab berpeluang sekali jumpa 4U2C sebelum mereka berpecah. Oleh kerana ketika itu tiada kamera so, tak dapatlah nak aku abadikan kenangan itu.

Wednesday, August 01, 2012

Universal Studios Singapore (kali ke-2)

Hehehe....aku kembali lagi. Alhamdulillah...nampaknya tahun 2012 ni, skali lagi tahun jalan2 buat aku. Tahun lepas cuti2 Malaysia..tahun ni, pusing2 negara jiran plak. Nak pusing dunia tu, sesuatu yang mustahillah pulak kan...? Tahun 2013, tak tahulah pula camne...nak jalan2 kena ada budget tapi, Insyaallah kalau ada rezeki..adalah chance tuk aku jalan2 lagi. Rindu nak naik kapal terbang.

Kali ni, aku nak bercerita cuti2 aku sekali lagi ke Universal Studios Singapore buat kali keduanya. Balik dari USS masa awal tahun, kawan2 ofis bersuara nak ke USS selepas mendengar cerita aku. Promote baik punyer...!! Atas sokongan kawan2, bermula bulan April aku pun buat survey kalau2 ada yang nak join trip ni. Sambutan nampaknya menggalakkan dari kawan2. Adat kalau nak buat trip akan berhadapan dengan bermacam2 ragam jadi aku pun tidak ketinggalan menghadapi pelbagai ragam. Setelah di tapis, 34 orang yang akan join trip ke USS ni. Tak sangka, last minute, jadi 36 orang pula. Sekali lagi, aku menggunakan perkhidmatan bas Five Stars Tour, Muar. Memandangkan kitaorang dapat mengumpulkan 36 orang jadi, pihak syarikat memberi kami sewa bas 2 tingkat. Selain dari tu, kami boleh bertolak jam 6 pagi dan balik jam 8 malam. Kiranya, taklah kena terkejar2 sangat. Kami memilih tarikh 30 Jun 2012 untuk tarikh perjalanan kami ini.

Jam 6.00 pagi, aku sudah sampai di hospital bersama ngan adik aku, Angah. Sudah ada yang menanti. Aku ambil kedatangan dulu bagi memastikan semua hadir dan tiada yang tercicir. Lebih kurang jam 630 pagi barulah kami bertolak. Dalam perjalanan kami ada 3 check point kena berhenti sebab ada kawan2 yang naik dari kawasan masing2. Check point terakhir di Hentian R & R Machap. Lebih kurang jam 9.00 pagi bas sampai di Imigresen Malaysia. Alhamdulillah...berjalanan dengan lancar dan tiada masalah. Dari pemerhatian, agak banyak bas yang nak masuk Singapore jadi, pemandu minta kami cepat untuk meneruskan perjalanan. Sampai di Imigresen Singapore, jam!! Bas2 beratur agak panjang. Sabar menanti dan akhirnya, sampai giliran kami turun bas. Memang agak ramai orang masa tu. Aku dah risau takut kalau2 ramai masa kat USS nanti. Mula2 aku masuk lane lain bila tengok ada lane baru buka aku terus bertukar. Alhamdulillah..proses passport aku, Angah, & Izzat berjalan dengan lancar & cepat. Kawan2 aku berada di lane lain. Lama aku menanti kawan2 untuk lepas dari Imigresen. Lebih kurang 1 jam setgh di Imigresen Singapore sahaja.


Sampai Pulau Sentosa lebih kurang pukul 1130 pagi. Selepas parking bas, aku ambil tiket USS di kaunter Five Stars. Selepas membuat pembahagian tiket, kami semua naik ascelator menuju ke USS yang berada di bahagian atas. Sekali lagi, aku sampai di sini. Rasa excited tu taklah macam masa 1st time sampai dulu. Orang tidak berapa ramai memenuhi kawasan globe masa tu. Sampai pun dah tengahari so, kasi isi perut dulu. Masuk aja ke Zon Hollywood, kitaorang jumpa watak pertama..tak taulah pula namanya. Orangnya di bawah ni...seram gak bila di peluk...hehehe....


Aku & Angah memang dari awal merancang nak makan di Mel's Drive In di Zon New York yang menghidangkan menu american favourite. Seperti cafe yang aku pergi sebelum ini, harga setnya lebih kurang SGD 15 sahaja. Kalau nak tukar bekas air yang lebih besar kena tambah SGD 4 kalau tak silap aku. Set yang aku dapat memang berbaloi dengan harganya. Burger sedap..kentang bersaiz besar..dan sekali lagi aku order jus minuman kegemaran aku tapi, tak ingat pula namanya. Rasanya aku dapat minum jus ini hanya jika ke USS. Sampai tak larat nak abiskan set yang aku order. Lebih kurang jam 1 petang, kitaorang terus ke Zon Sci Fi City dimana adanya Transformer The Ride. Sebelum sampai di Transformer, kitaorang jumpa persembahan street dance yang best sangat2. Terkejut!! tak ramai orang berbanding masa mula2 pergi. Masa mula2 pergi dulu, 1 jam setgh beratur tapi, kali ni 15 minit aja. Takut gak kalau2 terkeluar balik apa yang makan tapi, nasib baik tak. Kali ni, aku tekad nak buka mata & menjerit sekuat hati. Yeahh...berjaya memberanikan diri!!



Selepas tu, kitaorang terus ke Zon Ancient Egypt. Best kat sini, Revenge Of The Mummy high speed roller coaster. Sampai aja kat sini, hujan mula turun. Mula2 dulu, ada cousin yang tolong jaga beg tapi, kali ni kenalah simpan beg di locker yang disediakan. Agak canggih gak sistem lockernya. Revenge Of The Mummy tak dibenarkan bawa beg ok...sebab high speed roller coaster. Kat sini, beratur agak panjang. Bila di offer single rider, terus aja ke lorong express nak tunjuk beranilah kononnya plus nak cepat tapi, taklah cepat mana pun. Keseraman melanda diri sebab dah tau apa yang akan berlaku berbanding masa mula2..berserah aja apa pun. Alhamdulillah..aku, Angah, & Izzat nak satu trip cuma kena duduk lain2 tempat. Sebelah aku mamat India mana agaknya terjerit2..ketawa2 sepanjang ride. Kali ni pun, nekad buka mata & berjaya!! Habis ride, pergilah tengok gambar yang diambil masa kat dalam tapi, takda. Konpem mamat2 sebelah aku wat hal sebab orang di kaunter cakap gambar tak dapat di paparkan atas sebab2 tertentu. Kesian cousin Izzat tak dapat beli gambar...

Meneruskan perjalanan, kami hanya lalu di Zon Lost World sebab keadaan agak sesak nak masuk Jurassic Park plus kena beli baju hujan sebelum boleh masuk. Leceh plak rasanya. Nak masuk Under Water World pun, masa persembahan lama lagi. Akhirnya kami terus ke Zon Far Far Away. Kat sini, ala2 dunia khayalanlah...sesuai tuk budak2. Sekali lagi layan Shrek 4D..hehe..dah tak surprise sangat sebab dah tau. Tak mahulah cerita apa yang ada di dalam...sendiri rasalah yer tapi, memang best!! Seterusnya, kami ke Zon Madagascar. Kat sini pun, sesuai untuk budak. Dapat gak naik kapal air. Dalam tu takda apa sangat hanya jumpa watak2 dalam Madagascar..

Wednesday, July 25, 2012

USS untuk kali ke-2

Tidak pernah terfikir untuk sampai ke sini tuk kali ke-2 dalam tahun yang sama tapi, itulah yang berlaku pada 30 Jun 2012. Pertama kali pergi bersama dengan cousin2 tapi, kali ni pergi dengan kawan2. Banyak nak di ceritakan...tunggu yer..pengalaman kali ke-2 ke>>>>>
UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE!!

Thursday, April 19, 2012

Ceritaku...

Akhirnya, siap juga cerita2 yang aku kumpul & simpan untuk di kongsikan bersama. Melancong memang menjadi satu trend sekarang ni. Aku pun dah mula berjinak2 dengan melancong ni. Keinginan tu memang dah lama terpendam tapi, tidak berkesempatan. Bila melihat kawan2 sekeliling pergi melancong siapa yang tidak ingin,kan? Alhamdullillah berkat kesabaran, bermulanya tahun lepas aku di beri peluang melancong. Sebelum ke luar negara, kenalah habiskan Malaysia dulu, kan? Bersyukur aku dapat pusing semenanjung Malaysia tahun lepas. Bila dah habis pusing Malaysia, teringin pula nak ke luar negara. Bersyukur bila tahun ini, aku dapat menjejaki 2 buah negara jiran iaitu Singapura & Indonesia. Banyak yang kita dapat bila melawat negara luar dan secara tidak langsung dapat melihat sendiri sesebuah negara tu di hadapan mata. Dalam masa yang sama juga kita akan lebih bersyukur tinggal di negara sendiri, MALAYSIA.

Halaman Memori ni bukan sahaja akan mencatat tentang ke mana aku pergi tapi, apa sahaja cerita yang nak aku ceritakan akan aku tulis dalam Halaman Memori ini. Aku selalu update cerita di Facebook tapi, jika nak bercerita lebih panjang aku akan tulis di Halaman Memori. Mood menulis sudah kembali ni..!!

SELAMAT MEMBACA SEMUA....

Wednesday, April 18, 2012

Part 3 : JAKARTA - BANDUNG

Agak memakan masa untuk aku lengkap 3 bahagian catatan perjalananku Jakarta - Bandung. Ada faktor yang menghalang untuk aku melengkapkannya...blog ni kadang2 agak lambat upload gambar2..tu yang kadang2 aku letak aja gambar dulu dan cerita kemudian. Kadang tu, masa agak membataskan untuk aku mengarang ayat2...hehe..akibat dah terlalu lama berhenti berkarya agaknya. Oklah, bagi melengkapkan cerita...selamat membaca bahagian ke-3 perjalanan aku ke Jakarta - Bandung yer....

<02.04.2012>

Awal pagi dah check out hotel. Terima kasih kepada Naval Hotel. Hotelnya bersih & biliknya besar. Kami kembali ke Jakarta melalui Puncak. Perjalanan agak jauh juga lebih kurang 2 jam nak sampai ke Puncak. Puncak ni lebih kurang macam Cameron Highland di Malaysia. Sejujurnya aku sendiri tidak pernah lagi sampai ke Cameron Highlands tapi, Puncak udah sampai. Best sangat bila disekeliling kita menghijau...sejuk mata memandang. Kami terus makan tengahari di sebuah restoran di sini. Sedap sekali makanan pada tengahari tu. Sesungguhnya aku tidak mampu menolak setiap kali singgah makan sepanjang berada di Bandung. Dari Puncak kami terus menuju ke Soekarno-Hatta Airport. Di sini, urusan bagasi di uruskan oleh agen. Memang senang...kitaorang hanya bawa beg yang boleh bawa naik flight saja. Sementara menunggu flight jam 4.50 petang, kitaorang pusing2 airport. Walaupun tak besar dan secanggih KLIA tapi, kira oklah. Sempat juga beli beg cenderahati dari Jakarta sebagai tanda pernah ke Jakarta. Jam 4.50 petang, kami dah berada dalam Garuda menuju balik ke Malaysia. Kali ni, aku dapat tepi tingkap jadi, dapatlah merakam permandangan di luar flight. Untungnya dapatlah melihat matahari terbenam...pergghhh memang cantik. Terasa nak keluar dan lompat2 atas awan. Nasib sekali lagi tidak menyebelahi Linda. 4 beg dia muntah. Aku Alhamdulillah...tak mabuk dan telinga pun tak berdesing macam waktu pergi dulu. Kali ini, dalam flight aku makan makanan western. Hem, boleh tahan sedap. Ha, barulah aku tahu Soekarno-Hatta Airport hanya ada 1 landasan jadi semua flight kena menunggu giliran untuk terbang. Alhamdulillah lebih kurang jam 7.45 malam, kitaorang selamat mendarat di KLIA. Urusan Imigresen & Kastam di KLIA pun, takda masalah..berjalan dengan lancar. Dalam perjalanan balik ke Muar, kitaorang singgah makan di R & R Seremban. Dah terasa rindu sangat2 dengan makanan Malaysia walaupun makanan sedap2 di Bandung. Dalam 11.30 malam, selamat sampai Muar.

Indonesia adalah negara luar yang kedua aku jejaki selepas Singapura. Apa yang boleh aku pelajari jika melawat negara orang, kita akan dapat melihat dan merasai cara kehidupan dan kemajuan sesuatu negara. Di Indonesia, rakyatnya memang kurus tidak macam di Malaysia mungkin sebab itu, bilik airnya pun ngam2 aja termasuklah di Airport. Bagi aku yang badan besar ni memang tak selesa. Bila sampai KLIA, ahh...lega rasanya sebab bilik airnya besar. Itulah antara kenangan yang aku tak boleh lupa. Bila nak bezakan hotel pula, aku puji hotel yang kami semua menginap. Biliknya besar & bersih..bilik air pun besar..katil pun selesa..lagi satu, tak lokek dengan cermin. Hotel Naval hanya bertaraf 3 bintang tapi, amat2 puashati. Tak puas rasanya bershopping di Bandung. Terasa nak pergi sekali lagi aja. Hem, mungkin juga aku akan pergi lagi selepas2 ini.

Kata orang, dah sekali ke luar negara..kita akan nak ke luar negara lagi walaupun takda duit. Memang ada betulnya kata2 tu..sebab aku pun dah terasa2 nak ke negara lain pula selepas ni...mungkin Korea? Australia? Aku nakkkk.....

Sungguh indah kuasa Allah....

Menu makan malam pilihan aku

Wajah Linda sebelum mabuk...hehehe....

Cantikkan...?

Posing sebelum naik pesawat Garuda

Posing jek...

Suasana dalam Airport Soekarno-Hatta

Terima kasih ya Pak...

Lihatlah troli kami yang penuh ni...

Bandar Jakarta

Terima kasih Pak Yuyu

Berhenti makan di R & R Seremban....laparrr

Mana2 aja...ada diaorang ni....

Di Puncak...

Masa sampai, bahagian belakang ni kosong...tengok bila balik....

Hotel penginapan kami

Posing dalam bilik


Di tepi jalan pun diaorang akan berniaga

Panjang betul van ni...tapi, takda di Malaysia

Tapai Ubi Mentega...aku tak rasa pun tapi, katanya sedap!!

Makan tengahari di sini...

Add caption

Monday, April 16, 2012

Part 2 : JAKARTA - BANDUNG

<1 APRIL 2012>
Lena selena2nya aku tidur. Nasib baik semangat tuk bangun pagi masih ada...masih ada misi yang perlu diselesaikan pada hari kedua ni. Program hari ini, ke Tangkuban Perahu. Semalam masa kapal terbang naik, telinga pekak dan kali ni pun sama sebab kawasan bergunung ganang. Cuaca sejuk mula terasa. Sebaik sahaja turun van, penjual2 mula mengerumuni kitaorang semua. Aduh...rimas pak!!! Aku buat2 dek jek...dengar ajalah apa yang diaorang nak cakap. Bila buat dek, diaorang mula kata, "setia menanti buk..." Tanpa di minta, diaorang memberi penerangan tentang sejarah Tangkuban Perahu. Tangkuban maksudnya terbalik...baru tau!! Kat sini, sempatlah membeli t-shirt untuk diri sendiri. Dari turun van sampai ke van balik asyik di follow jek...!!! Promote punya promote akhirnya aku belilah gak key-chain batu yang berwarna warni. On the way balik ke Bandung, singgah makan tengahari di restoran yang menghidangkan makanan sunda. Memang sedap!! Mannntaappp!!!
Misi berikutnya, ke Pasar Baru. Tempat shopping yang digemari kaum perempuan. Nak kain ela, lace, telekung, blouse, semuanya ada disini. Di sini, aku beli 3 pasang kain cotton tuk adik2 & diri sendiri. Tak ingat apa nama kedai tu. Linda & Azza pun memborong kain ela di situ. Tengok kain lace memang cantik2 tapi, ongkosnya enggak mencukupi so, tengok ajalah. Linda & Azza memborong kain2 jubah & kurung yang siap potong dan bermanik tapi, aku tengok aja. Selepas tu, mencari kain batik. Aku beli 3 pasang kain batik sarung disini. Entah macam mana, tangga turun kitaorang tak jumpa...sampai tanya kat orang. Akhirnya, jumpa gak...nasib baik van belum sampai. Aku, Linda, & Azza lambat setengah jam keluar dari Pasar Baru...hehe...sori semua. Kemudian, singgah ke kedai jual barangan kulit tapi, aku tak berkenan satu pun jadi, tengok ajalah. Hanya Beli t-shirt untuk Nabila & keropok di luar kedai.
Semua dah kepenatan jadi, singgah makan malam di Restoran Ikan. Disini, makanannya berasaskan makanan laut. Plan asal nak singgah Ruma Mode tapi, memandangkan dah kepenatan, terus balik hotel. Sampai bilik, kemas beg dan packing apa yang patut sebab esok pagi dah check out.....Zzzz......


Posing di depan hotel. Masa ni ada yang ambil gambar untuk dijual.

Yeah...kita ke Tangkuban Perahu ya...


Permandangan di Tangkuban Perahu


Berani2 takut ambil gambar di sini...silap langkah takut terjunam masuk dalam kawah


Check point jika ke Tangkuban Perahu


Macam artis bila di serbu peminat2


Singgah makan tengahari


Permandangan biasa di Indonesia

Borong..borong....tapi, gila jap tengok kain kat sini...
Kain2 lace yang menarik perhatian....perghhh memang geram...
Menanti Pak Yuyu di luar Pasar Baru
Makan malam sebelum kembali ke hotel