Pageviews

Monday, March 26, 2012

UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE (USS)

Angan2 nak ke Universal Studios Singapore (USS) telah lama disebut2 sejak dari tahun 2011 lagi. Tuk sedapkan hati, "tunggu Transformer buka bulan 12 nantilah...best sikit!!" Mungkin dah rezeki agaknya masa majlis pertunangan Ila 22.01.2012, kitaorang membuat keputusan untuk pergi pada 06.02.2012 memandangkan pada minggu tu cuti agak panjang. Apa lagi, bermulalah operasi mencari cara camne nak pergi...nak beli tiket...dan paling penting passport!!

Almaklumlah, 1st time nak ke luar negara..hehe.. . Banyak gak travel agency yang aku hubungi tuk survey harga. Kebanyakkan tempat aku call, bagi harga antara RM260 - RM280 reason diaorang peak season. Cari punya cari jumpa travel agency kat Batu Pahat yang beri harga RM200 tapi, bertolak jam 7 pagi & balik jam 5 petang tapi, rasa cam awal sangat. Cari lagi...ntah camne suatu hari tu aku lalu depan 5 Stars Tours, Muar dan terus teringat nak call tanya. Aku call cawangan Batu Pahat & harga yang diberi RM210 (RM150 tiket masuk USS / RM60 tiket bas). Selepas berbincang dengan adik & cousin2 terus bersetuju. Nasib baik ngam2 tinggal 5 seat aja...rezeki tu!! Dimaklumkan, 1 bas ngan cikgu2. Selepas confirm, terus operasi buat passport & selesaikan bayaran tempahan.

Pada 06.02.2012, awal pagi dah bangun buat sandwich. Selepas sarapan, jam 8 kitaorang dah sampai di 5 Stars Tours, Batu Pahat. 815 pagi dah bertolak ke menuju ke Singapore. Dalam bas, kitaorang makan dulu kuih yang dibekalkan Mak tuk mengalas perut dan salah satu cara menjimatkan belanja. Tiba di Pulau Sentosa lebih kurang jam 11 pagi. Sampai aja, ambil tiket di kaunter 5 Stars Tours. Bila tiket dah berada di tangan bertambah excited. Nampak aja tangga menuju ke USS, terus naik. Sampai aja kat atas bila pusing aja, trademark USS-Globe Universal di depan mata. Macam tak percaya aku telah menjejakkan kaki ke sini. Posing dulu di Globe Universal tu...kalau tak, tak di namakan sampai USS.
Melangkah aja masuk, tempat pertama yang akan jumpa Hollywood. Kiri-kanan jalan tu, ala2 di Hollywood la. Selepas puas bergambar, sambung perjalanan. Di penghujung Hollywood ada 2 simpang samada nak pilih kiri (Madagascar) atau kanan (New York). Aku dah wat survey di internet & kawan2 yang dah pergi..diaorang kata, ambil kanan so, kitaorang pilih ke New York dulu. Sama macam Hollywood, kiri-kanan permandangan ala2 di New York ada kereta polis New York, Yellow Taxi, restoran2...macam2 lagilah. Lepas tu, Sci-Fi City di mana di sinilah adanya Transformer The Ride. Apa lagi, terus beratur masuklah dalam terowong yang berliku2 panjangnya...1 jam setgh tunggu nak masuk sebab ramai orang masa tu. Walau takut, kuatkan semangat gak! Memang adventure beb tapi, best sangat2. Dapat tengok Transformer depan mata...hehe...tak puas rasanya & hilang tension dapat jerit sekuat hati...Keluar dari Transformer akan nampak Roller Coaster warna biru & merah tapi, tak naik sebab takut....
Belakang tulah bas yang kitaorang guna
Tempat wajib bergambar jika sampai di USS
Teruja...!!!
Tempat ke-2, Mummy The Revenge. Kat sini, ala2 dalam filem The Mummy. Best kat sini, roller coaster juga. Perghh..jalan masuk dahlah gelap dengan lagu2 seram...menambah seram aku nak teruskan hajat naik roller coaster jek..nyaris2 nak patah balik keluar tapi, kuatkan semangat gak. Kat sini je beratur dah 30 minit. Seat paling depan pula tu yang di bagi...perghh bertambah takut aku di buatnya. Roller coaster yang ni memang lagi mendebarkan berbanding Transformer. Sekali dia reverse, terus speechless!! Dekat sini, ada kamera tapi, entah kat mana kamera tu pun aku tak pasti. Aku & Angah buat keputusan beli walaupun harganya $18. Bak kata adik lelaki aku, "Yang kat Genting RM20 tak nak beli...yang $18 nak beli plak..." Apa pun, aku tetap enjoy...

Seterusnya, kitaorang ke tempat ke-3, The Lost World. Singgah Jurassic Park tapi, orang agak ramai so, cancel. Cari Water World...ngam2 sampai 230 petang & show jam 300 petang. Orang pun, jangan cakaplah punye ramai. Dalam tu, ada 3 peringkat seat. Biru (Soak Zone), Hijau (Splash Zone), & Coklat (Dry Zone). Kitaorang pilih Splash Zone..ala, basah sikit2 pe salahnyakan..? Mula2 tu, dihiburkan dengan aksi2 kelakar para pelakon. Kiranya macam warm-up show lah. Masa tu, dah de yang lencun. Kitaorang adalah kena simbah & pancit sikit2 je. Bila show bermula, semua menumpukan perhatian pada lakonan. Aku tak tengok filem ni so, tak berapa tahu jalan ceritanya. Aku kagum dengan aksi stunt yang di buat. Bahang panas letupan bom terasa sampai ke kaki aku. Show yang menghiburkan!!!

Keluar saja dari Water World, perut dah memanggil minta di isi. Jam pun sudah menunjukkan jam 4 lebih jadi, kasi makan dulu sebelum masuk ke Shrek 4D. Kitaorang memilih untuk makan di Goldilocks Cafe di Far Far Away. Makan fast food senang..cepat sikit. Sedap setnya lain dari rasa ayam KFC & Mc'D. Harga makanan di cafe2 USS puratanya $15. Pandai2lah mencari yang ada logo Halal. Jangan risau, dalam peta USS lengkap ngan info tentang tempat makan, solat, dan lain-lain. Mudah sangat nak faham. Selepas kenyang, kitaorang beratur masuk untuk Shrek 4D plak. Aku tak naklah cerita apa yang ada di dalam tapi, memang best!! Bukan apa, tak suspen pula nanti. Keluar aja, Mencari2 cenderahati untuk dibawa pulang. Dapat sehelai t-shirt kolar $27 untuk aku dan tambah $8 untuk t-shirt kedua (kanak2) untuk Nabila.
Kemudian, ke Madagascar pula. Masa dah suntuk sangat so, hanya dapat beratur dan pastu blah. Panjang sangat orang beratur tapi, kitaorang dapat tengok persembahan watak2 dalam file Madagascar. Sekali lagi, cari cenderahati (frame) yang di kirim oleh officemate. Jumpa sebuah frame Madagascar yang sangat cute!! Selepas tu, terus ke New York balik mencari cenderahati lagi. Disini, aku beli ole2 untuk kawan2 & family aku. Sempat ambil gambar sebelum melangkah keluar dari USS dan seterusnya menaiki bas untuk kembali ke Malaysia.
Rasa tak puas memang ada sebab terlalu mengejar masa. Ditambah pula, ramai orang masa tu. Beratur aja, dah ambil paling kurang 1 jam. Ada 7 tempat yang kena tuju tak termasuk studio2 lain yang ada dalam sesuatu tempat tu. Walau mahal tapi, teramat puashati dengan permainan yang ada di dalam. Tak perlu tambah apa2 lagi semasa di dalam...masuk aja mana2 studio yang nak. Kalau kaki posing, memang sukalah kalau ke sini. Apa yang pasti, aku akan kesini lagi..hehehe.....

Posing sebelum balik...
Bye2....USS....Kami nak pulang.....

4 comments:

azli amw said...

Agency tu name ape ye?

azli amw said...

Agency tu name ape ye?

malindci said...

Hai Azli, sori...lambat reply. Agensi yg sy guna tu Five Stars Tours

JESS said...

Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔵Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60...

Juga ada promosi; 🔥Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price!

Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: +6012-7760219 ✅

*Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86